Berita Harian

Hargai kepercayaa­n peminat

Kim Swee tagih sokongan tingkat motivasi pemain

-

Jurulatih skuad bola sepak negara, Datuk Ong Kim Swee gembira kejayaan menumbangk­an Korea Selatan mengembali­kan kepercayaa­n peminat bahawa skuad negara mampu menumbangk­an pasukan berstatus gergasi.

Malaysia melakar kejutan terbesar setakat ini apabila menewaskan juara bertahan itu untuk menempah tiket ke pusingan kedua dan kini sebuah lagi pasukan gergasi Asia, Jepun menanti.

“Adalah normal harapan akan tinggi kepada pemain namun dari aspek positif, kami berjaya mengembali­kan kepercayaa­n bahawa Malaysia mampu menumbangk­an pasukan gergasi.

“Apa yang penting adalah konsisten dan pada masa sama realistik.

“Keputusan menentang Korea Selatan kita mampu capai apa yang dimahukan termasuk skuad negara pada peringkat umur yang lain. Mereka pemain muda yang perlu diberi motivasi bukan tekanan,” katanya.

Ketepi tekanan

Aksi menentang Jepun di pusingan kedua akan berlangsun­g esok dengan Kim Swee menuntut anak buahnya untuk terus berjuang sebagai sebuah pasukan seperti menentang Korea Selatan.

“Setiap perlawanan memerlukan disiplin dan kesungguha­n. Mana-mana pasukan akan tewas jika kita milikinya, namun jika seorang pemain yang tidak memiliki ciri itu, kita akan berdepan masalah,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau menolak andaian bahawa Malaysia bermain secara negatif (bertahan) ketika menentang Korea Selatan kerana baginya adalah keazaman kuat pemain yang mahu keputusan positif.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia