Berita Harian

Takraw sumbang perak pertama

-

Palembang: Skuad sepak takraw kebangsaan menyumbang pingat perak pertama untuk kontinjen negara pada temasya Sukan Asia Jakartapal­embang 2018 dalam acara regu berpasukan lelaki selepas dikecewaka­n Thailand 0-2 pada perlawanan akhir semalam.

Pada aksi yang berlangsun­g di Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring, Palembang, regu pertama Malaysia dibarisi oleh Muhammad Zulkifli Abd Razak selaku tekong, Muhamad Norhaffizi Abd Razak (perejam) dan Mohd Syazreenaq­mar Salehan (pegumpan).

Mereka tampil dengan penuh semangat serta mempamerka­n aksi terbaik pada awal permainan namun gagal meneruskan rentak apabila tunduk straight set 15-21, 15-21 kepada regu Thailand yang diketuai oleh Assadin Wongyota.

Kekal milik Thailand

Regu utama negara yang diwakili oleh Muhammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Muhammad Azlan Alias (perejam) turun pada susunan kedua dengan harapan untuk menyumbang mata buat kem negara juga lebur apabila tewas 19-21, 13-21 kepada regu utama Thailand yang diketuai oleh Pornchai Kaokaew.

Bagaimanap­un, pencapaian pingat perak skuad sepak takraw itu mengatasi pencapaian pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan apabila mereka memperoleh pingat gangsa.

Kekalahan itu juga menyaksika­n Thailand melebarkan penguasaan mereka dalam arena sepak takraw apabila mengekalka­n pingat emas sejak 28 tahun lalu.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Perejam negara, Muhamad Norhaffizi Abd Razak (kiri) membuat rejaman ketika beraksi menentang Thailand pada final regu berpasukan di Bandar Sukan Jakabaring, semalam.
[FOTO BERNAMA] Perejam negara, Muhamad Norhaffizi Abd Razak (kiri) membuat rejaman ketika beraksi menentang Thailand pada final regu berpasukan di Bandar Sukan Jakabaring, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia