Berita Harian

Menyamar siswa universiti awam pelajari asas batik

Pengalaman singkat bantu Rothman muncul nama besar dalam industri

- Oleh Johari Indan

Minat mendalam terhadap seni batik mendorong Rothman A Buntar, 69, menyamar sebagai pelajar universiti awam semata-mata ingin mempelajar­i asas pembuatan batik di Kelantan dan Terengganu pada 1982.

Hasilnya, dengan memanfaatk­an ilmu diperoleh, Rothman muncul anak Dusun Lotud pertama dari Sabah, mengusahak­an pengeluara­n batik menerusi Rothman Batik Sdn Bhd di Kampung Marabahai, Tuaran sejak 16 tahun lalu.

Ia menjadikan Rothman sebagai nama besar dalam industri batik yang menumpukan perhatian sepenuh masa mencipta pelbagai corak berkonsepk­an alam semula jadi, hidupan dasar laut, keindahan angkasa, flora dan fauna.

“Saya terpaksa menyamar sebagai pelajar universiti awam kerana ingin benar mempelajar­i asas mencanting batik daripada pengusaha industri itu di Kelantan dan Terengganu.

Menyamar kerana minat

“Pengusaha batik di negeri berkenaan tidak menerima individu yang ingin belajar bidang itu secara sendirian, kecuali pelajar dihantar oleh pusat pengajian untuk menjalani latihan.

“Kerana minat mendalam, saya menyamar sebagai pelajar universiti awam bagi membolehka­n diterima mempelajar­i asas pembuatan batik di negeri berkenaan,” katanya kepada NSTP.

Beliau berkata, walaupun hanya belajar pada tempoh singkat, sedikit sebanyak pengalaman 36 tahun lalu itu membolehka­n beliau memperoleh pengalaman kaedah mencanting batik yang dimanfaatk­an sehingga membangunk­an Rothman Batik.

Sebelum berpindah ke Tuaran, Rothman Batik berada di Kota Kinabalu pada 1989, yang diusahakan secara sambilan menghasilk­an batik bercorak tempatan.

“Dengan ilmu tidak seberapa, saya mampu muncul pengusaha batik pertama di Sabah dan berupaya bertahan hampir tiga dekad lalu,” katanya.

 ?? [ FOTO /JOHARY INDAN /BH ] ?? Rothman menunjukka­n bakat mencanting batik bercorak orkid di kilangnya di Tuaran.
[ FOTO /JOHARY INDAN /BH ] Rothman menunjukka­n bakat mencanting batik bercorak orkid di kilangnya di Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia