Berita Harian

Pengembara­an Jejak Rajah Brooke promosi Julau

-

Sarikei: Pengembara­an Jejak Rajah Brooke bakal menjadikan Julau tumpuan peserta antarabang­sa menerusi program bersempena Pesta Lada 2018 yang akan diadakan pada Oktober ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Pengembara­an Jejak Rajah Brooke, Mohd Johari Abdullah berkata, program julung kali anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Sarikei, Pengakap Daerah Julau dan Kelab Aktiviti Lasak Kenyalang (KALK) itu akan diadakan di Nanga Meluan pada 20 hingga 21 Oktober depan.

Beliau berkata, program itu yang menjadikan Julau sebagai lokasi pengembara­an hutan berkonsepk­an kebudayaan dan alam semula jadi turut mensasarka­n penyertaan peserta dari Indonesia, Brunei, Semenanjun­g, Sabah selain penduduk tempatan.

Promosi menarik

“Acara itu menjadi platform kepada kita untuk memperkena­lkan lokasi pelanconga­n dan kebudayaan unik yang terdapat di daerah Julau.

“Sehubungan itu, kita sedang giat melaksanak­an promosi bagi menarik penyertaan dari dalam dan luar Sarawak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, program itu terbahagi kepada lima kategori iaitu, Kategori Tempatan, Kategori Antarabang­sa, Kategori Murid Sekolah, Pakej Berkumpula­n dan Pakej Keluarga.

Setiap kategori dikenakan yuran penyertaan berbeza iaitu RM60 bagi Kategori Tempatan, RM100 ( Kategori Antarabang­sa), RM30 (Kategori Murid Sekolah), RM250 (Pakej Berkumpula­n) dan RM150 (Pakej Keluarga).

“Tarikh tutup pendaftara­n ialah pada 5 Oktober. Orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut mengenai program ini, boleh menghubung­i saya menerusi talian 019-8066658,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia