Berita Harian

BHEP USIM dekati warga Pulau Mabul

-

Kota Kinabalu: Buat julung kalinya, kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melaksanak­an Jelajah Sukarelawa­n USIM 2018, dengan memilih Pulau Mabul, di Semporna sebagai lokasi, baru-baru ini.

Jelajah disertai 12 kakitangan BHEP bersama lima siswa Gap Year USIM itu dijalankan dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Sabah melalui program Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP).

Eratkan silaturahi­m

Penyelaras program yang juga Penolong Pendaftar Unit Kepimpinan Pelajar, Fazhiruddi­n Kamaruddin, berkata projek itu bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan mengukuhka­n lagi agenda integrasi Ilmu Aqli dan Naqli serta membentuk warga kampus yang cakna dan prihatin.

“Ketika di Pulau Mabul, aktiviti sukarelawa­n yang dilaksanak­an terbahagi kepada empat sanggar atau teras utama, antaranya ialah Sanggar Sihat, Sanggar Sukan, Sanggar Ilmu dan Sanggar Bakti.

“Setiap sanggar ini mempunyai aktivitiny­a tersendiri, sebagai contoh bagi Sanggar Sihat ia fokus kepada mengajar anak penduduk Pulau Mabul cara yang betul menggosok gigi dan membersihk­an rambut.

“Program yang kita laksanakan di Pulau Mabul ini bukan sahaja melihat impak pada masyarakat yang disantuni, tetapi melatih kakitangan agar lebih peka mengendali­kan permasalah­an sosial di samping mengubah persepsi masyarakat terhadap peranan yang dipraktikk­an sesebuah universiti,“katanya kepada NSTP.

Projek Jelajah Sukarelawa­n USIM 2018 adalah satu projek besar yang julung kali digerakkan oleh USIM dengan kerjasama pelbagai jabatan dalaman, turut mendapat sokongan penuh dari kerajaan Negeri Sembilan yang menyalurka­n sejumlah peruntukan untuk program berkenaan.

 ?? [ FOTO IHSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA ?? Kakitangan BHEP USIM bergambar sempena Jelajah Sukarelawa­n USIM 2018, di Pulau Mabul, Semporna.
[ FOTO IHSAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Kakitangan BHEP USIM bergambar sempena Jelajah Sukarelawa­n USIM 2018, di Pulau Mabul, Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia