Berita Harian

Rumah musnah sekelip mata

Sembilan sekeluarga sempat selamat diri

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Sambutan Aidiladha bagi sebuah keluarga suram selepas rumah yang didiami sejak puluhan tahun lalu di Kampung Nombor Lima, Jalan Ajibah Abol di sini, musnah terbakar, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, rumah yang didiami sembilan sekeluarga itu musnah sepenuhnya berikutan api marak dengan cepat membakar struktur yang dibina menggunaka­n kayu.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.05 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan, Batu Lintang dan Petra Jaya dikejarkan ke lokasi.

Katanya, ketika tiba, api sudah marak membakar sebahagian rumah berkenaan dan pasukan bomba bertungkus-lumus memastikan api tidak merebak ke rumah bersebelah­an.

Barangan, dokumen penting musnah

“Rumah berkenaan didiami sembilan sekeluarga. Mereka sempat menyelamat­kan diri, namun pelbagai barangan dan dokumen penting tidak dapat diselamatk­an.

“Anggota bomba mengambil masa lebih 30 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan,“katanya kepada NSTP, semalam.

Yang turut hadir di lokasi kejadian adalah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Difahamkan, mangsa akan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mendapatka­n penginapan sementara sehingga rumah berkenaan dibaiki sepenuhnya.

Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran yang dipanggil ke lokasi kejadian.

 ?? [ FOTO /IHSAN UNIT KOMUNIKASI AWAM ?? Anggota bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran rumah di Kampung Nombor Lima, Jalan Ajbah Abol, Kuching, semalam.
[ FOTO /IHSAN UNIT KOMUNIKASI AWAM Anggota bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran rumah di Kampung Nombor Lima, Jalan Ajbah Abol, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia