Berita Harian

Penduduk gotong-royong urus ibadat korban

-

Kota Kinabalu: Kira-kira 50 penduduk bergotong-royong melakukan penyembeli­han ibadat korban sempena menyambut Aidiladha di Masjid Al-kauthar, Tanjung Aru di sini, semalam.

Pengerusi Masjid Al-kauthar, Omar Khan Amirudin, berkata tahun ini jemaah masjid dan penduduk kampung menyembeli­h tiga lembu yang disumbangk­an oleh individu, termasuk seorang Ahli Parlimen.

“Setiap tahun masjid kami mengadakan ibadat korban yang biasanya disumbangk­an individu dan hari ini (semalam) tiga lembu ‘ditumbangk­an’.

“Proses menyembeli­h bermula jam 9.30 pagi dan dijangka siap hari ini (semalam) juga sebelum diagihkan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Al-kauthar.

Omar berkata, daging lembu itu akan diagihkan kepada golongan asnaf di kampung itu.

“Selepas kerja menyembeli­h dan melapah siap, daging dipotong dan akan diagihkan kepada kira-kira 50 golongan asnaf di kampung ini,” katanya.

Erat hubungan silaturahi­m

Sementara itu, seorang penduduk dari Penampang, Anas Ismail, 37, ini kali pertama dia terbabit dalam aktiviti bergotong-royong melakukan penyembeli­han korban tahun ini.

“Korban ini disumbangk­an adik saya dan ini kali pertama saya terbabit kerja melakukan penyembeli­han, melapah dan memotong daging.

“Pengalaman kali ini seronok kerana bukan sahaja dapat menunaikan ibadat korban bersama keluarga, namun dalam masa sama, mengeratka­n hubungan silaturahi­m bersama penduduk kampung dan jemaah masjid di kampung ini,” katanya.

Beliau berkata, ibadat korban mengingatk­annya supaya prihatin dengan nasib orang lain yang kurang baik, terutama golongan asnaf.

“Daging ini akan diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampu­an.

“Diharap ia dapat mengurangk­an beban mereka dan sekali gus memeriahka­n sambutan Aidiladha kali ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia