Berita Harian

Remaja lemas dibawa arus

Mangsa dihanyutka­n selepas aliran sungai tiba-tiba bertukar deras

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kegembiraa­n dua sahabat mandi di sungai dekat Kampung Landeh di sini, berakhir tragedi selepas seorang daripada mereka lemas dihanyutka­n arus deras, kelmarin.

John Allfeus Kassim, 13, mandi bersama seorang rakannya di sungai berkenaan pada jam 4 petang sebelum air sungai tiba-tiba bertukar deras dan menghanyut­kan mangsa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.36 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata, disebabkan pencarian permukaan tidak menemui sebarang petunjuk, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Batu Lintang dipanggil untuk melakukan pencarian di dasar sungai.

Tak dapat berenang

Katanya, mangsa dikatakan dibawa arus sungai dan tidak dapat berenang untuk menyelamat­kan diri ke tebing sebelum hilang dari pandangan.

“Rakannya kemudian segera memaklumka­n kejadian kepada penduduk kampung untuk bantuan.

Selepas pencarian dija- lankan di sekitar kawasan berkenaan, mangsa akhirnya ditemui tersangkut di lubuk pada kedalaman empat meter tidak jauh dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang,” katanya kepada NSTP.

Beliau berkata, anggota PPDA perlu menyelam dengan berhatihat­i ke dalam lubuk berkenaan memandangk­an arus sungai yang deras bagi menaikkan mangsa ke tebing.

Katanya, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching bagi tindakan selanjutny­a.

“Operasi juga mendapat bantuan daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung berakhir jam 7.40 malam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia