Berita Harian

Kapal kargo bawa minyak lebih muatan

-

Sandakan: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal kargo disyaki membawa muatan bekalan petrol dan diesel melebihi kuantiti dibenarkan dalam kejadian di perairan Tanjung Pasir, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah hari itu, kapal kargo berkenaan ditahan sepasukan anggota APMM yang sedang menjalanka­n tugas Ops Pluto Timur di kawasan perairan itu.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanu­ar Abd Majid, berkata hasil pemeriksaa­n mendapati permit khas yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) kepada kapal itu hanya membenarka­n membawa 1,200 liter petrol dan 400 liter diesel.

“Bagaimanap­un hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati, sebanyak 14 tong drum berisi diesel dianggarka­n kira-kira 2,800 liter dan 17 tong drum dianggarka­n berisi 3,400 liter petrol ditemui dalam kapal itu,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Tiga kru ditahan

Susulan penemuan minyak itu, Mohd Khairulanu­ar berkata, tiga kru termasuk tekong ditahan bersama kapal kargo itu.

“Seorang tekong dan dua awak-awak warga tempatan beru- sia antara 48 hingga 67 tahun ditahan bersama kapal kargo dan diiring ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Terdahulu, beliau turut mena- sihatkan orang ramai memberikan maklumat sebarang salah laku jenayah atau kecemasan di laut kepada pihak APMM di bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan menerusi 089-229504 atau talian kecemasan MERS 999.

 ?? [ FOTO IHSAN APMM ] ?? Tong drum berisi petrol dan diesel yang diisi melebihi had kuantiti yang dibenarkan ditemui atas sebuah kapal kargo di perairan Tanjung Pasir, Sandakan.
[ FOTO IHSAN APMM ] Tong drum berisi petrol dan diesel yang diisi melebihi had kuantiti yang dibenarkan ditemui atas sebuah kapal kargo di perairan Tanjung Pasir, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia