Berita Harian

Bekas MB Selangor selamat disemadi

Sultan Sharafuddi­n, Tengku Permaisuri berangkat ziarah jenazah

- Oleh Iskandar Shah Mohamed iskandar@nstp.com.my Shah Alam

Jenazah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar, selamat dikebumika­n di Makam Diraja Shah Alam di sini, semalam.

Jenazah dikebumika­n kira-kira jam 2.50 petang dengan kehadiran ratusan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan Allahyarha­m.

Turut berkenan berangkat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Terdahulu, jenazah Allahyarha­m dimandi dan disembahya­ngkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Abu Hassan, 78, meninggal dunia jam 8.05 malam kelmarin, dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarha­m tidak sedarkan diri di rumahnya pada petang hari sama sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di Kota Kemuning.

Abu Hassan meninggalk­an seorang isteri, Puan Sri Wan Nor Daud; empat anak, 15 cucu dan seorang cicit.

Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Selangor itu memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ke-12 dari 6 Jun 1997 sehingga 9 Ogos 2000.

Tokoh politik UMNO itu dilantik menggantik­an Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Abu Hassan yang dilahirkan pada 15 September 1940 di Bukit Belimbing, Kuala Selangor, pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Selangor (1978–1997) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang (1997–1999).

Allahyarha­m turut pernah berkhidmat sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat (1985–1986), Menteri Wilayah Persekutua­n (1986–1987), Menteri Luar (1987–1991) dan Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Perdaganga­n Domestik (1991–1997).

Adu sesak nafas

Sementara itu, anak Allahyarha­m, Mohamed Hazali, 44, berkata dia dimaklumka­n mengenai berita kematian bapanya itu ketika berada di Singapura dan bergegas pulang ke negara ini kelmarin.

“Sebelum ini, arwah sememangny­a sudah beberapa kali menjalani pembedahan pintasan jantung namun keadaannya tidak begitu serius.

“Kira-kira jam 6.30 petang semalam (kelmarin), beliau bagaimanap­un mengadu sesak nafas dan keluarga kemudian membawa ke hospital untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

“Saya difahamkan, beliau ‘pergi’ (nazak) agak cepat iaitu hanya dalam tempoh lima minit dan kami sekeluarga reda dengan ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui selepas pengebumia­n semalam.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR /BH] ?? Wan Nor menyiram pusara suaminya di Makam Diraja Shah Alam, semalam.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR /BH] Wan Nor menyiram pusara suaminya di Makam Diraja Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia