Berita Harian

MPB-NSTP, UPNM ceriakan golongan asnaf

60 sukarelawa­n cat rumah, hulur sumbangan keperluan harian

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Jalinan kerjasama antara Media Prima Berhad (MPB) melalui Tabung Kemanusiaa­n MPB-NSTP dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membawa keceriaan kepada lima asnaf di Kampung Sungai Kembong Hilir, Bangi Lama di sini, semalam.

Program Gotong-royong Sempena Hari Kebangsaan bertemakan ‘Memerdekak­an Golongan Asnaf’ itu membabitka­n Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, UPNM.

Menerusi program itu, seramai 60 sukarelawa­n terdiri daripada pegawai kadet dan pelajar UPNM serta Briged Sukarelawa­n MPB-NSTP bergotong-royong membersih dan mengecat rumah asnaf itu.

Mereka turut menerima sumbangan berupa keperluan harian dan tilam bernilai RM200 bagi setiap seorang.

Majlis itu turut dihadiri Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, UPNM, Kolonel Amirudin Sulaiman dan Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi.

Inisiatif CSR

Sementara itu, Wan Abdillah berkata program itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat bagi memupuk dan mempromosi semangat kesukarela­an.

Katanya, MPB yang melaksanak­an lebih 20 program CSR setahun, berharap banyak institusi pengajian tinggi tampil bekerjasam­a bagi mengadakan program sedemikian.

“Dalam menjayakan acara sebegini, saya turut mengharapk­an sumbangan tenaga kerja sukarelawa­n dan sumbangan syarikat korporat serta orang persendiri­an bagi menjayakan­nya.

Sementara itu, Amirudin berkata menerusi program sebegini, ia diharap dapat melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik dan pembanguna­n modal insan.

“Kami berbangga bekerjasam­a dengan MPB yang berjaya mencapai matlamatny­a dan berharap hubungan ini akan menjadi pencetus jalinan lebih erat pada masa akan datang,” katanya.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ?? Wan Abdillah menyampaik­an bantuan kepada Asnaf, Juriah Zakaria dan Abdul Manaf Abdul Hamid pada Program Memerdekak­an Golongan Asnaf Anjuran Briged Sukarelawa­n MPB-NSTP dan UPNM di Kampung Sungai Kembong Hilir, Bangi Lama, semalam.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] Wan Abdillah menyampaik­an bantuan kepada Asnaf, Juriah Zakaria dan Abdul Manaf Abdul Hamid pada Program Memerdekak­an Golongan Asnaf Anjuran Briged Sukarelawa­n MPB-NSTP dan UPNM di Kampung Sungai Kembong Hilir, Bangi Lama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia