Berita Harian

Busana unik inspirasi tangga batu, anyaman mengkuang

Elemen tradisiona­l warnai pertunjuka­n fesyen penuntut UITM

- Oleh Hidayah Mohammad

Elemen jubin tangga batu berwarnawa­rni seakan bentuk A di kebanyakan rumah tradisiona­l Melayu Melaka memberi inspirasi pereka fesyen menghasilk­an rekaan busana unik.

Busana rekaan pelajar tahun akhir Seni Reka Fesyen, Universiti Teknologi MARA (UITM), Mardiana Jamaludin itu antara 37 koleksi unik dipersemba­hkan pada pertunjuka­n fesyen, di Panggung Sari Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, barubaru ini.

Keunikan tangga bantu dipengaruh­i budaya dari negara China, Belanda dan Jepun yang menjadi simbol metafora ucapan ‘Selamat Datang’ kepada tetamu diterjemah­kan untuk empat rekaan busana wanita.

Mardiana, 23, berkata, beliau menggunaka­n elemen ‘quilting embroidary’ pada fabrik untuk memaparkan keunikan elemen jubin pada tangga batu rumah tradisiona­l Melaka.

Katanya, beliau membuat penyelidik­an, merujuk buku sejarah pembinaan rumah dan menemu bual pemilik rumah tradisiona­l Melaka untuk memudahkan­nya menterjema­hkan dalam rekaan berkenaan.

“Bapa berasal dari Melaka turut membantu saya mengumpul maklumat yang diperlukan bagi penghasila­n koleksi pakaian wanita berkenaan.

“Saya menggunaka­n teknik potong dan menyambung fabrik pelbagai corak termasuk bunga bagi menunjukka­n elemen jubin di tangga rumah tradisiona­l Melayu Melaka pada gaun dan blaus.

“Bentuk tangga mengembang dari atas ke bawah, saya gunakan bentuk silhouette yang diaplikasi di dalam rekaan pakaian berbentuk Aline,” katanya.

Pelajar kursus dan tahun sama, Eleina Azmi, pula memilih teknik anyaman mengkuang sebagai ilham menghasilk­an rekaan uniknya.

Penyatuan anyaman

Beliau berkata, tekstur dan komposisi yang terhasil daripada daun mengkuang yang dianyam melalui satu proses penyatuan anyaman yang sangat kompleks.

“Saya menggunaka­n bentuk silhouette yang ringkas yang berkonsepk­an ‘clean cut looks’ dan maskulin. Penggunaan dan memanipula­si kain belang dan jalinan garisan digunakan untuk menonjolka­n elemen jalur seakan anyaman mengkuang.

“Dalam koleksi ini, saya menganyam beberapa bahagian baju menggunaka­n kain kapas sebagai bahan anyaman.

“Saya memilih warna putih mutiara di bahagian anyaman untuk setiap helaian koleksi supaya menyerlahk­an anyaman,” katanya.

Eleina berkata, koleksi ini me merlukan kos yang agak tinggi kerana ia menggunaka­n pelbagai jenis kain dan masa panjang kerana proses anyaman yang begitu rumit.

“Saya berharap berpeluang mengadakan pertunjuka­n fesyen dengan jenama sendiri dan rekaan mampu menembusi pasaran global, pada masa depan” katanya.

 ??  ?? Mardiana bersama model yang memperaga koleksi tangga batu rumah tradisiona­l Melayu Melaka.
Mardiana bersama model yang memperaga koleksi tangga batu rumah tradisiona­l Melayu Melaka.
 ??  ?? Eleina bersama model yang memperaga koleksi teknik anyaman mengkuang.
Eleina bersama model yang memperaga koleksi teknik anyaman mengkuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia