Berita Harian

Iceland kembali ‘kerdil’ dibelasah Switzerlan­d

-

Switzerlan­d: Pemain sayap Liverpool, Xherdan Shaqiri turut meledak gol ketika Switzerlan­d membelasah Iceland 60, pada perlawanan pembuka tirai Liga Negaranega­ra Eropah, kelmarin.

Steven Zuber dan Denis Zakaria meletakkan Switzerlan­d selesa mendahului 20, sebelum Shaqiri meletakkan namanya selaku penjaring menerusi sepakan percuma sukar pada minit ke53.

Gol daripada Haris Seferovic, Albian Ajeti dan Admir Mehmedi melengkapk­an kemenangan gemilang Switzerlan­d untuk memulakan kempen peringkat Kumpulan A2 dengan langkah kanan, dalam kelompok yang turut diisi pemenang tempat ketiga Piala Dunia, Belgium.

Iceland akan menanti kunjungan Itali di Reykjavik, esok manakala Switzerlan­d dijadual menentang England bagi aksi persahabat­an di Leicester.

Dominasi perlawanan

Sementara itu, Bosnia membuka kempen Liga Negaranega­ra Eropah dengan kemenangan 21 ke atas Ireland Utara, dengan gol pelawat dijaringka­n Haris Duljevic dan Elvis Saric.

Ireland Utara merapatkan jurang menerusi gol Will Grigg pada masa kecederaan tetapi ia sekadar gol sagu hati.

Tuan rumah mendominas­i perlawanan di awal permainan, tetapi ketinggala­n pada minit ke36 apabila hantaran Edin Dzeko berjaya dikuis Duljevic.

Kemudian, salah faham di antara pertahanan Craig Cathcart dan penjaga gol, Bailey Peacockfar­rell membenarka­n Saric menggandak­an kelebihan pada minit ke64.

Pada perlawanan itu, Ireland Utara memperoleh beberapa peluang untuk menjaringk­an gol, tetapi mereka duihukum susulan penyudah tumpul dalam kejohanan yang memberi laluan alternatif ke Kejuaraan Eropah 2020 itu.

Selain Bosnia dan Ireland Utara, turut menghuni Kumpulan B3 ialah Austria. AFP

 ?? [ FOTO EPA] ?? Pemain Switzerlan­d, Steven Zuber melepasi halanagn dua pemain Iclend pada perlawanan
Liga Negara Negara Eropah di Switzerlan­d.
[ FOTO EPA] Pemain Switzerlan­d, Steven Zuber melepasi halanagn dua pemain Iclend pada perlawanan Liga Negara Negara Eropah di Switzerlan­d.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia