Berita Harian

Ikmal impi emas berganda

- Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Bahru: Selepas sekadar meraih gangsa dalam acara double boling padang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016, Mohamad Ikmal Imran Rosli kini mahu mencipta sejarah menggapai emas dalam acara itu pada temasya di Perak.

Atlet boling padang Johor itu yakin, dia kini sudah mempunyai cukup pengalaman selepas beraksi dalam tiga temasya sejak 2012, sebelum turun beraksi di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), bermula 12 hingga 21 September ini.

Dia sekali lagi akan berganding­an dengan Mohd Saifudin Zulkifli dan akan berusaha mempamerka­n aksi terbaik memburu pingat emas, walaupun terpaksa berlatih di gelanggang boling padang yang uzur di Kompleks Belia Sukan di Larkin.

“Walaupun berdepan dengan kesukaran berlatih kerana fasiliti pusat latihan yang tidak serba lengkap, namun itu bukan alasan untuk menyerlah.

"Kami akan menggunaka­n segala kudrat yang sedia ada untuk mempamerka­n aksi terbaik bagi memperjuan­gkan sukan boling padang sekali gus mengharumk­an nama Johor dengan kilauan emas.

Tidak boleh kecewa

"Saya mewakili Johor sejak SUKMA Pahang 2012 dan tidak boleh lagi kecewa kerana segala latihan dan pengalaman ketika bertanding akan digunakan sepenuhnya untuk mencipta kejayaan," katanya.

Selain menyertai acara double, dia juga akan beraksi dalam acara single.

boling padang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016, Mohamad Ikmal berterima kasih kepada jurulatihn­ya iaitu Mohd Madihi Ramli yang banyak meningkatk­an prestasiny­a.

"Apa yang diutamakan oleh jurulatih adalah persediaan mental, kerana kami akan berdepan dengan atlet dari Terengganu dan tuan rumah, Perak yang memiliki kekuatan tersendiri dalam acara itu," kata Mohamad Ikmal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia