Berita Harian

Batu Sumpah Keningau dipindahka­n ke Muzium Warisan

Monumen seberat tujuh tan tanda jaminan hak rakyat Sabah

- Oleh Olivia Miwil

Batu Sumpah Keningau yang sebelum ini ditempatka­n di pekarangan Kompleks Pejabat Daerah Keningau dipindahka­n ke Muzium Warisan di sini, semalam.

Monumen seberat tujuh tan itu dibina pada 31 Ogos 1964 dalam satu majlis bersejarah yang disaksikan oleh barisan pemimpin Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri ketika itu.

Peletakan monumen bersejarah itu amat penting kerana ia menandakan jaminan hak rakyat Sabah untuk kebebasan beragama, tanah, budaya dan adat istiadat.

Pegawai Daerah, Yusop Osman, berkata pemindahan itu dibuat semalam, sebelum ulang tahun pembentuka­n Malaysia pada 16 September.

“Proses pemindahan selama tiga jam itu bermula seawal jam 9 pagi yang disaksikan kirakira 1,500 orang.

Upacara tradisi setempat

“Pada majlis berkenaan, kirakira 40 ‘bobohizan’ atau bomoh Kadazandus­un dari Pensiangan dan daerah ini turut terbabit dalam upacara tradisi setempat bagi membantu melancarka­n proses pemindahan itu,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Selain itu, sebanyak tujuh kerbau, tujuh babi dan tujuh ayam putih digunakan sebagai sebahagian daripada ritual berkenaan.

Yusop berkata, kerajaan pusat memperuntu­kkan sebanyak RM40,000 dana untuk proses pemindahan dan upacara yang diadakan.

Katanya, walaupun ada banyak bantahan daripada orang ramai mengenai keputusan mengalihka­n tugu itu, tetapi sejarah sepatutnya menyatukan rakyat untuk keamanan.

“Tugu itu yang sebelum ini ditempatka­n di Pejabat Daerah Keningau diletakkan di bawah jagaan agensi berkenaan.

“Selepas penempatan semula ini selesai, batu bersumpah itu akan diletakkan di bawah jagaan Jabatan Muzium,” katanya, sambil menambah orang ramai boleh melawat monumen bersejarah itu secara percuma sehingga diberitahu kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia