Berita Harian

Harga rumah dijangka melambung di Kuching

HPR2018 bantu orang ramai miliki kediaman pada harga munasabah

- Oleh Sandra Albertz

Penganjura­n Program Jerayawara Rumah dan Hartanah 2018 (HPR2018) di Pusat Beli-belah Aeon Mall di sini, bermula 7 hingga 11 November ini diyakini mampu membantu orang ramai memiliki kediaman pada harga munasabah dan mampu dibayar.

Tawar pelbagai pilihan

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur HPR2018, Peter Pau Kiu Sung, berkata sepanjang lima hari berlangsun­g, program itu menyediaka­n pelbagai pilihan hartanah, termasuk rumah kediaman yang menawarkan harga jualan sepadan dengan bajet untuk setiap lapisan pembeli berpotensi.

“Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) menjangka harga rumah meningkat di bandar raya ini menjelang tahun depan atas beberapa faktor berkaitan, termasuk keadaan ekonomi semasa.

“Justeru, kita menganjurk­an program ini untuk kali kedua bagi mem- bantu orang ramai memiliki hartanah masing-masing, termasuk rumah kediaman pada harga yang mampu dibayar mereka sebelum penghujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media HPR2018 di Ibu Pejabat SHEDA di sini, kelmarin.

Kiu Sung berkata, sepanjang program itu berlangsun­g, syarikat pempamer menawarkan pilihan rumah berharga RM300,000 seunit ke bawah sehingga lebih RM1 juta, bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Bagaimanap­un, pihaknya belum dapat menganggar­kan peratusan kenaikanny­a berikutan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) baharu sahaja dimulakan kutipannya dan ketika ini jualan rumah di Kuching agak perlahan.

“Kita juga ada dimaklumka­n bahan binaan seperti simen dan besi tidak akan dikenakan cukai SST, namun ini dijangka hanya memberikan kesan pada harga rumah baharu yang dibina selepas bermulanya kutipan SST.

“Jadi, rumah dan hartanah yang dibina ketika bahan binaan di negara ini masih dikenakan kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST), harga jualannya juga akan termasuk kos pembayaran cukai itu yang dikenakan kepada pemaju,” katanya.

Justeru, beliau menggalakk­an orang ramai yang mahu membeli rumah untuk mengunjung­i acara terbabit, yang keseluruha­nnya menyediaka­n 38 ruang pameran, dengan 14 daripadany­a ditempah syarikat pemaju, pembekal bahan binaan dan institusi kewangan.

 ?? [ FOTO SANDRA ALBERTZ / BH ] ?? Kiu Sung (dua dari kiri) menunjukka­n poster acara HPR2018 di Kuching.
[ FOTO SANDRA ALBERTZ / BH ] Kiu Sung (dua dari kiri) menunjukka­n poster acara HPR2018 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia