Berita Harian

5 kena tahan di laluan tikus

Warga asing tidak memiliki dokumen perjalanan

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Lima lelaki berusia 27 hingga 41 tahun yang bekerja secara haram di negeri ini ditahan sepasukan anggota Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja, Jumaat lalu.

Warga asing yang menetap di sekitar sempadan negara itu dikesan menggunaka­n laluan tikus di Kandaie di sini, untuk bekerja di negeri ini.

Dengan upah RM30 hingga RM60 sehari sebagai pekerja di kebun kecil milik warga tempatan, warga asing Indonesia ini sanggup melanggar undangunda­ng negara dengan masuk tanpa menggunaka­n laluan diwartakan kerajaan.

Jurucakap Markas Pemerintah­an Divisyen Pertama Infantri Malaysia, berkata tangkapan pertama jam 9 pagi ketika anggota tentera menjalanka­n rondaan di kawasan berkenaan.

Katanya, pasukan operasi terserempa­k dengan tiga lelaki dalam keadaan mencurigak­an di laluan tikus berhampira­n sempadan.

“Suspek ditahan dan hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

“Mereka juga mengaku bekerja di kebun kecil sekitar daerah ini dengan upah antara RM30 hingga RM60 sehari,” katanya kepada

Beliau berkata, dalam operasi kedua, pasukan sama menahan dua lelaki jam 10.20 malam di kawasan sama.

Katanya, suspek juga dikesan melakukan kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Semua suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Lundu untuk tindakan selanjutny­a mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN ATM MALAYSIA ] ?? Warga asing yang menetap di sekitar sempadan dikesan menggunaka­n laluan tikus sekitar Kandaie, untuk bekerja di negara ini ditahan oleh anggota ATM.
NSTP.
[ FOTO IHSAN ATM MALAYSIA ] Warga asing yang menetap di sekitar sempadan dikesan menggunaka­n laluan tikus sekitar Kandaie, untuk bekerja di negara ini ditahan oleh anggota ATM. NSTP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia