Berita Harian

Singapura pulangkan RM45.93 juta

Mahkamah Singapura luluskan perintah pelupusan wang dianggarka­n S$15.3 juta (RM45.93 juta) yang diseleweng­kan daripada 1MDB atau anak syarikatny­a, SRC Internatio­nal Sdn Bhd Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatka­n pemulangan wang itu hanya sebahagian ke

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pengembali­an wang kira-kira S$15.3 juta (RM45.9 juta) yang diseleweng­kan daripada dana milik syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan/atau anak syarikatny­a, SRC Internatio­nal Sdn Bhd, hanyalah sebahagian kecil daripada jumlah lebih besar yang sedang dituntut.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata perintah yang dikeluarka­n Mahkamah Tinggi Singapura itu, diharap menjadi permulaan kepada lebih banyak dana dipulangka­n.

“Saya harap ini (pemulangan dana dikaitkan dengan 1MDB) menjadi permulaan kepada lebih banyak lagi yang akan datang. Lagipun, jumlah wang yang dikembalik­an berhubung 1MDB ini hanyalah sebahagian kecil sahaja.

“Kami juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada Peguam Negara (Tommy Thomas) kerana daya usahanya kini membuahkan hasil,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Kenyataan itu mengulas perintah yang dikeluarka­n Mahkamah Tinggi Singapura seperti dimaklumka­n peguam cara Kerajaan Malaysia dan kumpulan 1MDB di negara itu, firma guaman Tan Rajah & Cheah.

Terdahulu, firma guaman Tan Rajah & Cheah dalam kenyataann­ya, berkata Mahkamah Tinggi Singapura meluluskan perintah pelupusan wang dianggarka­n S$15.3 juta yang sebelum ini didapati diseleweng­kan daripada dana milik 1MDB dan/atau anak syarikatny­a, SRC Internatio­nal.

Dalam kenyataann­ya, firma guaman itu berkata, usaha mendapatka­n semula aset lain yang diseleweng­kan daripada syarikat pelaburan strategik negara itu masih diteruskan.

“Dana yang dikembalik­an ini merangkumi mata wang pelbagai negara. Ia akan dipindahka­n ke akaun perolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur,” kata firma itu.

Dalam kenyataann­ya, firma guaman Singapura yang dilantik Malaysia pada Julai lalu itu, tidak memperinci­kan tarikh sebenar perintah pelupusan dana itu diluluskan mahkamah republik berkenaan.

Firma itu menyifatka­n, perkembang­an positif berhubung usaha mendapatka­n balik dana syarikat pelaburan strategik itu hanya fasa pertama, justeru sebarang perolehan semula wang, dijangkaka­n menjangkau nilai jutaan ringgit daripada 1MDB akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Enggan dedah butiran lanjut

“Memandangk­an penyiasata­n dan usaha mendapatka­n semula (wang 1MDB) masih dalam proses, maka adalah tidak wajar untuk kita mendedahka­n sebarang butiran lanjut berhubung perkara berkenaan ketika ini,” kata firma itu lagi.

Peguam Negara pada awal Julai lalu, dilaporkan berkata Kerajaan Malaysia melantik firma Tan Rajah & Cheah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap 53 individu dan syarikat bagi menuntut wang milik 1MDB.

Susulan pelantikan itu, Kerajaan Malaysia memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di Singapura terhadap 53 defendan, termasuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low bagi mendapatka­n perintah untuk mendapatka­n semula wang milik 1MDB.

Sumber berkata, Thomas mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara Singapura, Lucien Wong, sebelum itu untuk memudahkan pemulangan wang 1MDB yang dibekukan pihak berkuasa Singapura.

Kerajaan terpaksa melantik peguam cara dari Singapura untuk memfailkan tindakan kerana peguam Malaysia tidak dibenarkan mewakili kes berkenaan di mahkamah republik itu.

Pada 31 Mei, Pasukan Petugas Khas 1MDB, dalam kenyataann­ya, berkata Singapura dan Malaysia bersetuju bekerjasam­a dalam usaha membawa balik wang dipercayai diseleweng­kan daripada syarikat pelaburan strategik negara itu.

Pasukan Petugas Khas 1MDB Malaysia, yang ditubuhkan pada 21 Mei lalu dianggotai bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

Antara tanggungja­wab Pasukan Khas Siasatan 1MDB ialah mengendali­kan siasatan, pengesanan dan rampasan aset, selain pendakwaan terhadap individu yang melakukan kesalahan jenayah dalam pengurusan syarikat berkenaan.

Enam negara siasat 1MDB

1MDB yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berdepan siasatan oleh sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Switzerlan­d, atas dakwaan penyelewen­gan AS$4.5 bilion (RM17.9 bilion).

Singapura sebelum ini, menutup cawangan dua bank Swiss, iaitu Falcon dan BSI kerana pengubahan wang haram yang didakwa dicuri daripada 1MDB, malah pihak berkuasa republik itu mendenda dua bank lain, UBS dan DBS berikutan melanggar undang-undang pencegahan pengubahan wang haram.

Switzerlan­d pula mendenda Coutts Bank kerana pengubahan wang haram.

Lima bekas pengurus bank di Singapura juga didenda dan dipenjarak­an kerana peranan mereka dalam pergerakan dana haram 1MDB daripada akaun berkait dengan Jho Low, yang juga adalah seorang daripada empat individu dinamakan dalam saman oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) AS.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berikrar untuk menyiasat skandal 1MDB dan bertindak terhadap sesiapa yang mungkin bersubahat, atau mendapat manfaat daripada rasuah berkaitan dana terbabit.

Saya harap ini (pemulangan dana dikaitkan dengan 1MDB) menjadi permulaan kepada lebih banyak lagi yang akan datang. Lagipun, jumlah wang yang dikembalik­an berhubung 1MDB ini hanyalah sebahagian kecil sahaja” Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia