Berita Harian

NAJIB DEDAH DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN RAJA ABDULLAH ABDULAZIZ

Langkah bersihkan nama daripada pelbagai tuduhan, fitnah

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

Datuk Seri Najib Razak semalam mendedahka­n beberapa dokumen penyaluran dana daripada bekas Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz bagi mengesahka­n wang RM2.6 bilion dimilikiny­a adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Menerusi akaun Facebookny­a, bekas Perdana Menteri mendedahka­n tiga dokumen daripada Almarhum Raja Abdullah dan satu

daripadany­a tertera perkataan ‘Recognitio­n of Contributi­on to the Islamic World’ (pengiktira­fan sumbangan kepada dunia Islam) bertarikh 1 Februari 2011.

Dua lagi dokumen adalah penyata transaksi kewangan yang diterima bertarikh 24 Februari 2011 dan 25 November tahun yang sama.

Beliau berkata, pendedahan itu dibuat bagi membersihk­an namanya daripada pelbagai tuduhan dan fitnah.

Katanya, beliau bersama peguam mengambil masa agak lama bagi mendapatka­n semula penyata daripada bank dan dokumen berkenaan hanya bagi sumbangan diterima pada tahun 2011.

“Pada 1 Februari 2011, Putera Abdulaziz Al-saud menulis kepada saya, memberitah­u bahawa Arab Saudi akan menyediaka­n AS$100 juta (RM415 juta) kepada saya bagi tahun 2011.

“Dokumen pemindahan wang SWIFT bagi tahun 2011 menunjukka­n yang AS$20 juta dipindahka­n daripada akaun Putera Faisal Turkey Al Saud dan AS$80 juta dipindahka­n daripada akaun Kementeria­n Kewangan Arab Saudi kepada saya,” katanya.

Najib berkata, surat itu adalah yang pertama daripada beberapa surat dihantar putera berkenaan kepadanya dan disusuli beberapa sumbangan untuk beberapa tahun kemudianny­a.

Kekal kestabilan

Katanya, pemberian dana itu dibuat selepas berlakunya Kebangkita­n Arab atau Arab Spring pada akhir 2010 membabitka­n beberapa negara Islam di Asia Barat, Afrika serta negara sekutu Arab Saudi.

“Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalka­n kestabilan.

“Pada masa itu, harga minyak paling tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya.

“Baginda juga mempunyai kebimbanga­n yang sama selepas mendapat tahu kemungkina­n berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga negara Islam biarpun bukan berada di Asia Barat atau Afrika.

“Lantaran kebimbanga­n dan hubungan akrab kami, pada awal 2011, baginda berjanji untuk turut menyediaka­n dana kepada saya dan parti bagi kegunaan di Malaysia,” katanya.

Najib berkata, Raja Abdullah juga turut memberikan beberapa hadiah lain seperti Kiswah serta tambahan kuota haji sebanyak 20,000 tempat kepada jemaah dari Malaysia dan meminta supaya perkara itu tidak diuar-uarkan.

“Ada beberapa saksi pada masa itu ketika janji ini disampaika­n. Saya kemudian mendapati jumlah pembiayaan yang dijanjikan untuk beberapa tahun itu lebih rendah daripada negara jiran Arab Saudi yang terjejas teruk daripada Arab Spring,” katanya.

Beliau berkata, salinan surat berkenaan turut dilampirka­n bersama dana yang dipindahka­n ke akaun banknya di Ambank bagi tempoh beberapa tahun dan pihak bank mahupun Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri tidak pernah mempersoal atau menyatakan kebimbanga­n terhadap sumbangan itu.

“Kementeria­n Luar Arab Saudi sudah dua kali mengesahka­n secara terbuka bahawa kerajaan mereka memberi sumbangan kepada saya tanpa sebarang syarat terhadapny­a.

“Kira-kira dua bulan lalu, (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) kecewa apabila Arab Saudi enggan menafikan bahawa RM2.6 bilion adalah sumbangan kepada saya.

“Sebulan kemudian, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menutup Pusat Keamanan Raja Salman di Kuala Lumpur,” katanya.

Najib turut memaklumka­n akan menjelaska­n dengan terperinci sambil menunjukka­n bukti mengenai sumbangan diterimany­a bagi tahun selepas 2011 termasuk isu RM2.6 bilion menerusi temuramah dengan media atau menerusi kemas kini pada akaun Facebookny­a.

 ??  ??
 ??  ?? Antara dokumen yang didedahkan Najib dalam laman FB miliknya, malam tadi.
Antara dokumen yang didedahkan Najib dalam laman FB miliknya, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia