Berita Harian

KERUSI PARLIMEN ANWAR DIUMUM ESOK, PAS SIAP JENTERA DI PANDAN

Dua kerusi Parlimen di negeri tengah, selatan bakal dipilih

- Oleh Suzalina Halid dan Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my Alor Setar

Kerusi Parlimen yang bakal ditandingi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan diumumkan selepas beliau pulang dari Hong Kong, esok.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang mengesahka­n perkara itu berkata Anwar menghubung­inya pada jam 1 pagi semalam dan memberitah­u apa perlu beliau lakukan sepanjang pemimpin itu di Hong Kong, termasuk memaklumka­n kawasan bakal ditandingi­nya akan diumumkan selepas kembali dari negara itu.

Beliau berkata, ketetapan kawasan ditandingi itu sudah ada selepas tiga kerusi disenaraik­an kini menjadi dua dan ketika di Hong Kong, Anwar akan memutuskan kawasan sesuai untuknya.

“Kerusi Parlimen ditetapkan untuk ditandingi Anwar adalah kawasan ditafsirka­n sangat ‘selamat’ untuk beliau selepas mengambil kira beberapa kajian, termasuk keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Balakong dan Seri Setia, baru-baru ini.

Tak pilih Permatang Pauh

“Paling pasti, Anwar tidak akan bertanding kerusi Parlimen di negeri utara, sekali gus menolak khabar angin beliau akan mempertaha­nkan kerusi tradisinya di Permatang Pauh,” katanya.

Pengesahan dibuat Saifuddin itu, sekali gus memberi maksud Anwar menolak kerusi di Sungai Petani yang ditawarkan Ahli Parlimenny­a, Datuk Johari Abdul sebelum ini.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan sedang menimbang bertanding satu daripada tiga kerusi Parlimen sama ada di bahagian utara, tengah atau selatan tanah air.

Namun, pengesahan dibuat Saifuddin bahawa Anwar tidak bertanding di utara, memberi bayangan pemimpin itu akan memilih kerusi Parlimen sama ada di kawasan tengah atau selatan.

Anwar dijangka kembali ke Parlimen seawal bulan depan berganding­an dengan isterinya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga juga Ahli Parlimen Pandan dan anaknya, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah.

Pada masa sama, Saifuddin yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata tidak timbul isu situasi ‘tiga beranak’ dalam Dewan Rakyat kelak kerana pemilihan mereka dibuat berdasarka­n sistem demokrasi iaitu hasil undian rakyat Malaysia melalui sistem pilihan raya.

Mengulas pertanding­an merebut jawatan Timbalan Presiden antara penyandang­nya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli yang dilihat ‘panas,’ Saifuddin berkata, situasi itu berlaku berikutan pemilihan PKR kali ini berjaya menarik minat ramai orang kerana kali pertama selepas parti berusia 20 tahun itu menjadi kerajaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, berkata tindakan mengosongk­an kerusi Parlimen demi memberi laluan kepada Anwar kembali dalam arena politik bukan satu kesalahan.

Beri laluan kepada Anwar

Katanya, pemimpin yang lebih layak dan mampu melakukan perubahan di kawasan itu, perlu diberi ruang berbuat demikian.

“Anwar memulakan gerakan reformasi dan jika mahu perjuangan ini berjaya, tidak ada masalah untuk memberi laluan kepada beliau,” katanya kepada NSTP.

William Leong berkata, keputusan Anwar bertanding semula tidak seharusnya dilihat dalam perspektif sempit, sebaliknya menilai matlamat yang lebih besar dan holistik mahu dicapai.

Ketetapan kawasan ditandingi itu sudah ada selepas tiga kerusi disenaraik­an kini menjadi dua” Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia