Berita Harian

Raptai Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-pertuan Agong

-

Raptai penuh Istiadat Perarakan Panji-panji sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, semalam. Persiapan dan latihan membabitka­n 28 pegawai dan 550 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Antara acara yang akan diadakan ialah tembakan kehormatan 21 das disempurna­kan oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja, formasi terbang lintas hormat lima buah pesawat helikopter membawa Jalur Gemilang oleh ATM, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ??
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia