Berita Harian

Tunku Ismail diminta salur maklumat, bukti

-

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak pernah mengeluark­an arahan memantau atau mengintip Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, seperti didakwa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, meminta Tunku Ismail menyalurka­n maklumat mengenai perkara itu untuk siasatan sekiranya benar dilakukan pihak ketiga tanpa pengetahua­n kerajaan.

“Saya tidak tahu dari mana Tunku Mahkota Johor dapat maklumat itu, namun pada peringkat kementeria­n, tiada arahan seperti itu dikeluarka­n, lebih-lebih lagi membabitka­n pihak istana.

Tiada arahan dikeluarka­n

“Kalau ada maklumat berkenaan perkara itu, bukti boleh dikemukaka­n kepada pihak berkuasa. Apa yang saya tahu dan sahkan tidak ada arahan seumpama itu dikeluarka­n,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, Tunku Ismail mendakwa, akaun media sosial milik baginda dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, diintip menggunaka­n teknologi buatan Israel.

Perkara itu didedahkan menerusi akaun Facebook (FB) rasmi Tunku Ismail, HRH Crown Prince of Johor, beberapa hari lalu, yang antara lain mendakwa, ramai askar maya ditempatka­n di laman sosial milik pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Baginda mendakwa, alat dimiliki kerajaan itu digunakan untuk tujuan pengintipa­n dan mengumpul data selain digunakan sebelum pilihan raya dalam membantu perang siber.

Mohd Azis berkata, pihaknya akan membantu Tunku Ismail menyiasat perkara itu.

“Tidak mungkin kita nak intip pihak istana. Saya khuatir mungkin ada yang buat tanpa pengetahua­n kerajaan dan jika pihak istana ada maklumat, kita siasat,” katanya.

Tiada arahan seperti itu dikeluarka­n, lebih-lebih lagi membabitka­n pihak istana” Mohd Azis Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia