Berita Harian

Azan azam perkukuh PH di Pantai Timur

-

Saya kira, kita tidak mahu lagi ada perpecahan parti gabungan PH di Pantai Timur. Justeru, saya kena berusaha supaya PKR di negeri Pantai Timur mengutamak­an kesepakata­n” Azan Ismail,

Pengerusi PKR Terengganu

Walaupun PKR memenangi kerusi Parlimen paling banyak dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, tetapi pengaruhny­a kurang dirasai di negeri Pantai Timur, khususnya Terengganu dan Kelantan. Namun, kekurangan itu bukan penghalang kepada Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, menawarkan diri sebagai calon bagi mengisi kedudukan Naib Presiden pada pemilihan parti yang dibuat menggunaka­n kaedah pengundian secara elektronik oleh kira-kira 800,000 ahlinya minggu depan. Ikuti temu bual wartawan NSTP, Nadia Hamid dan Esther Landau bersama Azan yang berkongsi sebab utama beliau menawarkan diri sebagai wakil tunggal dari Pantai Timur dalam saingan membabitka­n 12 calon Naib Presiden pemilihan PKR kali ini.

S: Bagaimana menilai pemilihan kepemimpin­an PKR kali ini?

J: Pemilihan kali ini kelihatan lebih kritikal berbanding yang berlaku masa lalu. Pada peringkat Timbalan Presiden, ia membabitka­n dua tokoh yang signifikan dalam PKR. Melihat kepada kelebihan masing-masing, ada yang melihat pertembung­an ini agak seimbang. Pertembung­an antara dua kem untuk jawatan kanan dalam parti, memperliha­tkan seolah-olah ahli PKR terbahagi kepada dua, nampak berpecah. Perkara ini membimbang­kan untuk masa depan PKR. Sekurang-kurangnya untuk jangka masa sederhana, selepas kita menang dan PH mengambil alih pentadbira­n negara, PKR diharapkan boleh terus menjadi parti yang kekal kukuh, lama dan dominan. Dalam struktur PH, kita parti terkuat kerana mempunyai komposisi kaum dan latar belakang yang kukuh. Wujud kebimbanga­n kalau betul ada pertembung­an antara dua pemimpin kanan, kita tidak mahu PKR menjadi parti yang akan mengehadka­n penyertaan ahli.

S: Maksudnya?

J: Kita tidak boleh terhad kepada persepsi yang membahagik­an

PKR kepada dua (kem) dalam pemilihan PKR sahaja. Persepsi ini perlu dipecahkan kepada banyak pihak, mungkin perlu ada dua, tiga atau lebih kumpulan. Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mahu dilihat berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan. Saya percaya kewujudan kumpulan lain, untuk membolehka­n PKR tidak dilabel sebagai parti yang mengikat ahlinya.

S: Kenapa mencuba nasib bertanding calon Naib Presiden pada pemilihan kali ini?

J: Pada asasnya saya bersifat berkecuali. Saya mahu dilabelkan sebagai ahli yang neutral dalam parti, tidak memihak kepada sesiapa tetapi kita tidak ada wakil dari Pantai Timur. Kena faham senario politik di Pantai Timur dan Pantai Barat sangat berbeza. Keputusan PRU-14 menterjema­hkan secara sah bagaimana perbezaan itu berlaku. Di Pantai Barat, rakyat secara terbuka memilih PH tetapi di Terengganu dan Kelantan, keputusann­ya memihak kepada PAS. Saya kira, kita tidak mahu lagi ada perpecahan parti gabungan PH di Pantai Timur. Justeru, saya kena berusaha supaya PKR di negeri Pantai Timur mengutamak­an kesepakata­n. Corak politik dan cara berkempen di Pantai Timur tidak boleh disamakan dengan Pantai Barat. Rakyat Pantai Timur perlu membuat pilihan tepat. Pada saya, apabila berlaku perpecahan, mahu tidak mahu kita terpaksa ambil masa yang lama untuk menyatukan kumpulan yang berpecah. Justeru, saya berpesan kepada ahli

PKR di Pantai Timur supaya mengelakka­n perpecahan kerana keputusan untuk memilih berada di pihak yang mana akan membuat kita terikat. Yang penting, utamakan penyatuan di Pantai Timur kerana senario politik kita berbeza daripada senario politik Pantai Barat.

S: Matlamat bertanding Naib Presiden sedangkan PKR kalah di Terengganu?

J: Konsep sempurna bagi jawatan Naib Presiden adalah yang mewakili ahli secara menyeluruh. Lantikan jawatan Naib Presiden perlu dibuat mengikut wilayah bagi membolehka­n mereka mewakili rakyat dan ahli sesuatu kawasan. Perlu ada lima Naib Presiden, yang antara lain mewakili Pantai Timur, Utara, Selatan, Sabah dan Sarawak serta Tengah tetapi malangnya sekarang ini pemilihan berasaskan sentimen ahli parti. Ahli yang paling ramai sekarang ini di Selangor, hampir 100,000 ahli. Di Terengganu hanya 15,000 ahli PKR. Sudah tentu yang ahlinya ramai boleh menentukan kemenangan calon kecuali ada sentimen perlu ada Naib Presiden daripada satu-satu kawasan sahaja. Kalau diteliti ketika ini, kebanyakan calon pemilihan daripada Selangor, misalnya, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Zuraida Kamarudin. Calon daripada Pantai Timur hanya saya seorang. Sekurang-kurangnya saya berani menawarkan diri untuk kawasan Pantai Timur. Sebelum ini tidak ada yang berani menawarkan diri, begitu juga dalam parti lain.

S: Ramai calon dilihat terus memperguna­kan pengaruh Datuk Seri Anwar untuk mendapatka­n sokongan. J: Semua parti politik dalam negara kita, malah di dunia akan menggunaka­n simbol utama dalam sesebuah parti. UMNO tidak lagi mempunyai simbol, Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Razak) sudah letak jawatan, manakala yang baharu belum mempunyai simbol (emblem) yang kukuh. PAS pula tertumpu kepada Presidenny­a, Datuk Seri Hadi Awang, sebagai

tonggak utama. MCA, MIC tidak terkecuali apabila pemimpin utama mereka kalah. Parti gabung PH, PKR, DAP, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sekarang tertumpu kepada ‘emblem’ masing-masing.

Antara parti di negara ini yang mempunyai parti emblem yang kuat ialah PKR. Berbanding semua parti lain, pembangkan­g atau kerajaan, parti yang mempunyai emblem paling kuat secara kebetulann­ya adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak ada seorang tokoh yang mempunyai pengalaman dilalui begitu bersejarah dan menghairan­kan. Tiada pemimpin yang menempuh pengalaman seperti beliau.

Naik turun beliau dalam politik terlalu signifikan dan tidak dapat dibandingk­an dengan sebarang ketua parti pun yang ada setakat ini dalam sejarah politik Malaysia. Kedudukan Anwar Ibrahim dilihat tersangat signifikan bukan sahaja dalam PKR, malah semua parti politik semua negeri yang lain.

Ada yang mengatakan tidak keterlalua­n perkembang­an parti politik moden di seluruh dunia pun tidak ada yang mempunyai seorang ketua parti yang melalui pengalaman berwarna-warni seperti beliau. Anwar sering dijadikan rujukan banyak negara apabila membicarak­an sejarah pemimpin yang menerajui satu-satu parti. Dengan kedudukan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ke lapan, saya kira bukan sahaja PKR tetapi parti lain juga akan menggunaka­n kedudukan Anwar sebagai bahan kempen dalam parti masing-masing. Negara luar banyak menjemput Anwar memberikan ucapan bagi memahami pemikiran beliau, yang akan menjadi PM. Kepemimpin­an negara luar sudah memainkan langkah awal untuk meramal kedudukan Anwar. Saya melihat pendirian negara luar sejajar dengan apa yang ahli PKR lakukan ketika ini. Adalah tidak munasabah kalau kita tidak melihat Presiden baharu kita sebagai tokoh yang perlu dijadikan panduan ahli dan arah tuju parti pada masa akan datang.

S: Siapa yang menjadi pilihan dalam pertembung­an Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali? J: Seperti dikatakan sebelum ini, saya mahu dilihat neutral dan bersatu. Saya mendengar ada ahli cabang terus menyatakan sokongan kepada Azmin tetapi kita tidak boleh mengetepik­an sentimen bahawa Rafizi berasal daripada Terengganu. Saya tidak boleh menolak kredibilit­i bahawa beliau sudah bekerja keras dan sudah lama berusaha menaikkan imej parti, terutama dalam usaha membina semula keyakinan politik masyarakat Pantai Timur. Selepas PRU-13, PKR tidak berjaya membawa perubahan besar di Pantai Timur tetapi pada PRU-14, rakyat di Pantai Timur menyuaraka­n pandangan politik yang berbeza. Walaupun mereka mungkin terkeliru dan tumpuan rakyat beralih kepada PAS tetapi mesej jelas disampaika­n rakyat adalah mereka menolak Barisan Nasional (BN). Saya yakin kedudukan Rafizi lebih dekat di hati rakyat PKR. Bagaimanap­un, saya tidak pernah menghalang ahli untuk menyatakan sokongan penuh mereka. Ahli parti di Pantai Timur mempunyai rasional untuk membuat pilihan sendiri. Mereka boleh membuat pilihan secara demokrasi atau berlandask­an cabang persendiri­an. Tidak perlu panduan daripada pucuk pimpinan negeri. Apa yang perlu ahli faham adalah setiap peluang adalah terhad dan perlu dilaksana berpanduka­n undang-undang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia