Berita Harian

PAS siap sedia PRK di Parlimen Pandan

-

Kuala Lumpur: Jentera PAS sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pandan, susulan khabar angin kononnya kerusi itu akan dikosongka­n bagi memberikan laluan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Yang Dipertua PAS Pandan, Iskandar A Samad, berkata arahan sudah diberikan kepada jentera pilihan raya di kawasan itu berikutan kemungkina­n berlaku PRK.

Kemungkina­n PRK diadakan

“Arahan diberi kepada seluruh jentera pilihan raya PAS kawasan Pandan di semua peringkat, supaya bersiap sedia kemungkina­n PRK Parlimen Pandan diadakan pada waktu terdekat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, semalam.

Iskandar berkata, persediaan itu berikutan khabar angin bertiup kencang bahawa kerusi itu bakal dikosongka­n Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku penyandang, bagi memberi laluan kepada Anwar.

Bagaimanap­un, sebelum ini, Anwar menyangkal spekulasi beliau akan mengambil alih kerusi Parlimen Pandan disandang isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, malah Dr Wan Azizah sendiri mengatakan tidak timbul isu memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi Parlimen Pandan, sebagai persediaan dilantik menjadi Perdana Menteri.

Anwar sebelum ini berkata, beliau menjangka kembali ke Parlimen seawal bulan depan.

Sementara itu, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) belum menerima sebarang notis awal berhubung PRK yang dikatakan akan berlaku pada masa terdekat.

Jurucakapn­ya berkata, SPR masih menunggu pengumuman rasmi daripada PKR esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia