Berita Harian

Tian Chua tak terbabit bincang kerusi Parlimen: Rafizi

-

Kuantan: Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa bukan semua keputusan dibuat parti itu dibincangk­an bersama pemimpin lain, termasuk Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Tertinggi.

Sebaliknya, beliau berkata, beberapa keputusan penting dibuat melalui perbincang­an hanya membabitka­n beliau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyebabka­n pemimpin lain, termasuk Naib Presiden parti itu, Tian Chua tidak mengetahui­nya.

“Walaupun kita mengamalka­n prinsip keterbukaa­n, bukan semua keputusan dibuat selepas perbincang­an dengan pimpinan parti dan bukan semua dimaklumka­n kepada beliau (Tian Chua).

“Apa yang beliau cakap adalah pandangan peribadiny­a dan saya menghormat­inya.

“Berkaitan keputusan ini (pengosonga­n kerusi Parlimen), mungkin Tian Chua sebagai Naib Presiden berasa janggal apabila beliau tidak terbabit secara langsung dalam perbincang­an ini.

“Saya akui ada perkara kita babitkan semua pimpinan dan ada perkara hanya dibincangk­an antara Anwar, Wan Azizah dan saya sahaja,” katanya selepas menghadiri Majlis #Reformasi2­0tahun di Kompleks Dagangan Mahkota dekat sini, malam kelmarin.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chun.

Tian Chua sebelum ini dilaporkan mempersoal­kan tindakan Rafizi mengumumka­n parti itu akan mengosongk­an kerusi Parlimen, bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Beliau dikatakan menempelak Rafizi yang membuat pengumuman itu dan mendakwa keputusan terbabit tidak pernah dibincangk­an pucuk pimpinan parti sebelum ini.

Rafizi berkata, PKR sudah mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan mengosongk­an kerusi Parlimen, untuk memberi laluan kepada Anwar.

Ketika mengulas peratus keluar mengundi yang merosot pada tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu, beliau berkata, ia tidak menggambar­kan keadaan semasa rakyat secara keseluruha­n.

Kesan peratusan undi

“Memang kalau kita tengok peratusan (keluar mengundi) pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong, ia sangat rendah dan mungkin ada kesan jika diadakan satu lagi PRK.

“Namun, ia keputusan dipersetuj­ui semua, termasuk Dr Wan Azizah dan penyandang kerusi Parlimen berkenaan.

“Perancanga­n (mengosongk­an kerusi Parlimen) ini dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan ia sudah diketahui individu terbabit.

“Walaupun kita nampak ‘mood’ rakyat ketika ini tidak seperti PRU14 lalu, PKR ada alasan untuk mempercepa­tkan proses (pengosonga­n kerusi Parlimen) dan antara faktor paling utama ialah keputusan ini dilakukan bagi memastikan proses reformasi institusi Parlimen dapat dilaksanak­an dengan lebih berkesan,” katanya.

Peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Sungai Kandis ialah 50.31 peratus, manakala pada PRK Seri Setia pula 44.1 peratus dan PRK Balakong hanya mencatatka­n 43 peratus, menyaksika­n ia peratusan paling rendah direkodkan bagi PRK di negara ini.

Rafizi berkata, pengumuman kerusi Parlimen bakal dikosongka­n itu akan diumumkan minggu ini dan semua pihak diminta bersabar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia