Berita Harian

Isu kepemimpin­an Islam jadi tumpuan

-

Muktamar Tahunan PAS Pusat 2018 yang akan berlangsun­g tiga hari bermula 14 September ini dijangka menjadi persidanga­n paling panas dalam sejarah PAS berikutan pelbagai isu yang menyusul pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), terutama kerjasama politik dengan parti lain, khususnya UMNO. Wartawan NSTP, Baharom Bakar dan Zatul Iffah Zolkiply mendapatka­n pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengenai agenda muktamar parti serta isu semasa lain berkaitan Islam, kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta prestasi PAS pada PRU lalu.

Soalan (S): Bagaimana persiapan Muktamar PAS 2018. Apa perkara atau isu dijangka dibangkitk­an dan adakah parti lain akan hadir? Jawapan (J): Alhamdulli­lah, kita berjaya mempertaha­nkan Kelantan (dengan) jumlah kerusi yang lebih besar, mengambil balik Terengganu, jadi parti terbesar di Kedah walaupun tidak berjaya (memerintah). Di Pahang, (kerusi) kita meningkat, 18 kerusi Parlimen. Di negeri lain (kejayaan) tinggi apabila kita mendapat 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 583 kerusi.

Muktamar kali ini, yang pertama kita mahu memberi kesedaran betapa perlunya kepemimpin­an Islam bagi negara kerana kita melihat keputusan PRU-14 yang memenangka­n Kerajaan Pusat, tidak selaras dengan demografi penduduk. Penduduk Islam di Malaysia adalah 65 peratus, sedangkan kerusi didominasi orang bukan Islam.

Itu perlu diperbetul­kan kerana ia menentukan kesejahter­aan kepada orang Islam supaya mereka bangkit membuat perubahan balik. Yang dijangka hadir sudah tentulah parti Gagasan Sejahtera akan hadir. Yang lain-lain itu, saya baca dalam media, UMNO akan hadir dan kita memang terbuka untuk semua parti lain untuk hadir kerana kita dalam negara demokrasi.

S: Apa harapan dan nasihat kepada ahli PAS selepas mukta- mar, terutama dalam aspek politik? J: Harapan kita supaya ahli kita mendukung dua kerajaan negeri yang diperintah (PAS), iaitu Kelantan dan Terengganu agar ia menjadi model seluruh negara, apa lagi peringkat awal, kita kerajaan pertama dapat dibentuk dalam keadaan negeri lain tidak berjaya membentuk kerajaan dalam masa yang cepat. Di samping, pencapaian mengikut manifesto dijanjikan kepada rakyat, sudah banyak yang kita tunaikan. PH banyak berjanji dan tidak boleh ditunaikan kerana itu janji yang besar.

S: Kerjasama PAS dan UMNO pula, adakah hanya untuk PRK dan apakah PAS tidak takut dikatakan parti tiada pendirian kerana sebelum ini menolak kerjasama itu. J: Kita meneruskan konsep ‘taawun’, iaitu kerjasama dalam perkara yang baik, perkara yang negatif kita tidak mahu kerjasama. Kita masih bebas dengan sikap (pendirian) kita. Kerjasama sebagai pembangkan­g itu penting.

Jika dikatakan parti tiada berpendiri­an, itu tidak menjadi masalah kerana kita kena sedar sikap kita di Parlimen. Sebagai contoh, mengapa kita tidak mengundi dalam bajet umpamanya, ada per kara positif yang kita sokong dan ada perkara negatif yang kita bangkang, jadi pilihannya sama ada sokong atau bangkang.

S: Beralih kepada isu lain, hukuman sebatan terhadap dua wanita di Terengganu baru-ba- ru ini dipertikai­kan banyak pihak, boleh Datuk Seri komen? J: Sepatutnya yang pertama, mereka kena kaji perbanding­an (hukuman sebatan) Islam dan sivil dahulu. Saya lihat ramai beri kenyataan secara spontan, sepatutnya kena buat perbanding­an dan saya yakin sekiranya mereka membuat perbanding­an antara sebatan Islam dan sivil, saya percaya orang bukan Islam akan pilih sebatan Islam.

Ada kes yang lebih besar, (contohnya) penggugura­n pertuduhan kes rasuah membabitka­n Guan

Eng (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng). Itu (isu) lebih besar, sebatan ini berkait dengan individu, bukannya negeri dan negara berbanding isu penggugura­n kes Guan Eng. Saya tidak tahu adakah isu ini (hukuman sebat pasangan lesbian) sengaja dimainkan untuk tutup isu satu lagi. Kemungkina­n itu boleh berlaku sebab dalam politik, ada kemungkina­n.

S: Bagaimana Datuk Seri melihat kejayaan PAS pada PRU-14 dalam menaikkan semangat ahli? J: Sudah tentu kita melihat ahli bersemanga­t dengan pencapaian ini, khususnya di sebelah Pantai Timur dan utara Semenanjun­g walaupun kita merosot di sebelah barat. Sekurang-kurangnya kejayaan ini memberi semangat pencapaian kepada kita.

S: Apa pandangan Datuk Seri selepas 100 hari pentadbira­n kerajaan PH?

J: Pandangan peribadi saya adalah akan berlaku satu pergolakan membabitka­n semua parti komponen dalam PH. Perbezaan ideologi, manifesto dan janji serta agenda yang dibuat pemimpin utama dalam parti komponen pakatan itu meyakinkan PAS bahawa akan berlaku satu pergolakan dalam urusan pentadbira­n negara. PH dianggotai DAP, BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), PKR, AMANAH (Parti Amanah Negara) serta ada hubungan dengan WARISAN (Parti Warisan Sabah). Ketika kempen PRU-14, pemimpin mereka tidak mencapai kesepakata­n membuat manifesto, sebab itulah sehingga sekarang kerajaan sukar untuk melaksanak­an janji. Janji atau manifesto seperti diucapkan pemimpin utama PH hanyalah janji yang tidak mampu dilaksanak­an, dibuat semata-mata untuk menang pilihan raya. Mereka sebenarnya tidak jangka akan menang.

S: Bagaimana Datuk Seri melihat kemenangan PH pada pilihan raya lalu, apa puncanya?

J: Secara keseluruha­nnya, kemenangan PH diperoleh daripada 30 peratus pengundi bukan Islam, 30 peratus datangnya daripada penyokong parti itu sendiri dan 30 peratus lagi daripada pengundi muda berusia antara 21 hingga 30 tahun. Pengundi muda yang mengundi PH sebenarnya tidak tahu perkembang­an negara selepas merdeka.

S: Bagaimana pula dengan manifesto dan janji PAS pada PRU-14?

J: Alhamdulil­lah, PAS Terengganu contohnya sudah berjaya menunaikan lima janji, termasuk memberi bekalan air bersih percuma 20 meter padu sebulan kepada rakyat yang kurang berkemampu­an, selain meneruskan pemberian dana raya. PAS mengambil pendekatan tidak mempedulik­an orang (parti lain), sebaliknya memberi tumpuan kepada dua negeri ,iaitu Terengganu dan Kelantan yang dikuasai PAS.

S: Apa pandangan PAS mengenai pemansuhan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)? J: Konsep membantu rakyat miskin adalah konsep yang perlu diteruskan. Apa yang penting kerajaan lakukan untuk selesaikan masalah kemiskinan adalah melakukan penambahba­ikan secara lebih bersistema­tik, bukan bertindak terus memansuhka­n.

Kerajaan PH perlu menggandak­an usaha untuk selesaikan masalah kemiskinan rakyat. Mengenai ECRL, Kerajaan PH perlu teliti perjanjian yang dimeterai kerana terdapat peraturan antarabang­sa yang perlu dipatuhi. Tindakan membatal atau meneruskan projek tidak mudah dilakukan, tetapi kerajaan perlu melihat mana lebih baik.

Pandangan peribadi saya adalah akan berlaku satu pergolakan membabitka­n semua parti komponen dalam PH” Hadi Awang, Presiden PAS

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia