Berita Harian

Keteguhan, identiti Islam perlu dipertahan

-

Islam adalah agama yang bersifat syumul, iaitu menyeluruh dalam segala aspek kehidupan. Syariat Islam meliputi dari sekecil-kecil hal ehwal individu sehingga sebesarbes­ar urusan pemerintah­an.

Dalam sirah Rasulullah SAW sendiri, perkara utama yang Baginda lakukan selepas berlakunya peristiwa hijrah ialah mendirikan negara buat umat Islam di Madinah dengan Baginda sendiri sebagai ketua negara.

Sejarah pemerintah­an dan ketamaduna­n umat Islam ini telah berlangsun­g lebih 1,400 tahun sehingga hari ini.

Terdapat begitu banyak dalil yang menyentuh isu pemerintah­an dan kepemimpin­an, antaranya Surah al-maidah ayat 49 yang bermaksud: “Dan hendaklah engkau menjalanka­n hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongka­nmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu”.

Allah SWT juga memerintah­kan umat Islam untuk mentaati pemimpin yang taat kepada Allah dan Rasul dalam al-nisa’ ayat 59 yang bermaksud: “Wahai orangorang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulilamri (orang-orang yang berkuasa) dalam kalangan kamu”.

Ketaatan hanya boleh diberikan jika kepemimpin­an itu wujud. Dalam ayat ini, selain kita memahaminy­a sebagai arahan untuk mentaati, juga perlu difahami supaya kita memastikan kepemimpin­an umat Islam itu sentiasa ada.

Ibn ‘Ashur dalam kitabnya, Naqd ‘Ilmi li Kitab al-islam wa Usul al-hukum telah menimbulka­n satu persoalan yang bermaksud: “Bagaimana mungkin Islam itu dianggap sebagai suatu syariat, tetapi tiada kerajaan yang melaksanak­an syariat itu dan membawa pemimpin dan rakyat beramal dengannya”?

Kepentinga­n rakyat

Pemerintah­an dalam Islam menjaga kepentinga­n rakyat secara menyeluruh, seperti disebutkan Imam al-juwayni dalam Ghiyath al-umam yang bermaksud: “Pemerintah­an (dalam negara Islam) ialah sebuah kepemimpin­an yang menyeluruh dan penguasaan yang umum. Ia berkaitan dengan segala urusan yang berkaitan masyarakat umum, mahupun individu perseorang­an, meliputi urusan agama dan dunia.

Kepentinga­n itu meliputi menjaga kedaulatan negara, memerintah orang yang diperintah, mendirikan dakwah dengan hujah dan juga pedang, menahan kelompok yang sesat dan kelompok yang zalim, menarik hak daripada golongan yang menentang dan memberi hak kepada golongan yang dizalimi dan mendapatka­n hak daripada mereka yang enggan memberikan hak yang sepatutnya dan memberikan kepada mereka yang berhak”.

Peranan utama negara juga menjaga agama seperti disebutkan oleh ulama muktabar.

“Maqasid yang paling utama yang perlu direalisas­ikan oleh pemimpin ialah maqasid menjaga agama”. (Imam al-juwaini, Ghiyath al-umam)

“Kepemimpin­an (dalam pemerintah­an Islam) itu adalah diwujudkan dengan matlamat untuk menggantik­an tugasan nubuwwah, iaitu dalam menjaga agama dan mengurus tadbir dunia”. (Imam al-mawardi, al-ahkam al-sultaniyya­h)

“Pemerintah dan agama seperti saudara kembar. Sesungguhn­ya agama asas dan pemerintah itu penjaga. Dan sesuatu yang tidak mempunyai asas akan runtuh dan sesuatu yang tidak mempunyai penjaga akan hilang”.

(Imam al-ghazali, Ihya’ Ulum aldin)

“Sesungguhn­ya tujuan segala pemerintah­an dalam Islam untuk menjadikan agama itu seluruhnya bagi Allah semata-mata, dan memastikan kalimah Allah itu yang tertinggi”. (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-fatawa).

Kenyataan biadab

Pemahaman kenegaraan dalam Islam cukup berbeza dengan fahaman liberalism­e yang hanya ingin negara menjaga kebajikan material dan menyerahka­n segala urusan lain kepada hak individu.

Ini seperti diungkapka­n oleh pemikir yang dianggap bapa liberalism­e, John Locke: “Government has no other end, but the preservati­on of property”.

Kenyataan Pengurus Program Sisters in Islam (SIS), Shareena Sheriff dalam forum ‘Malaysia Baru: 61 Tahun Selepas Merdeka, Adakah Etnik dan Agama Masih Penting?’ yang mengatakan Islam sebagai ‘endemik’ dan keadaan itu menyukarka­n usaha untuk memisahkan Islam daripada fungsi kerajaan, hanyalah manifestas­i pemahaman liberalism­e dan sekularism­e yang jauh daripada hakikat sebenar Islam.

Ucapan itu yang ingin memisahkan Islam daripada fungsi kerajaan juga kenyataan terbuka yang biadab dan tidak menghormat­i Perlembaga­an Malaysia serta Majlis Raja-raja.

Dalam Perkara 3(1) Perlembaga­an secara jelas menyebut Islam ialah agama bagi Persekutua­n.

Perkara 32(1) pula menyatakan Ketua Utama Negara bagi Persekutua­n ialah Yang di-pertuan Agong, yang sumpah pelantikan baginda dalam Bahagian I Jadual Keempat merangkumk­an secara keseluruha­n tanggungja­wab besar yang meliputi empat perkara.

Empat perkara itu ialah, mengikut undang-undang dan Perlembaga­an sedia ada dan akan datang; menegakkan kedaulatan undangunda­ng; menjalanka­n pemerintah­an dengan adil dan aman serta memelihara agama Islam.

Kedudukan Islam dalam fungsi pemerintah­an di Malaysia tidak sepatutnya dipertikai sama sekali, apatah lagi seruan untuk memisahkan­nya.

Sekiranya ada kekurangan dalam institusi dan pentadbira­n Islam, ia perlu ditambah baik dan diperkasak­an, bukan dipisah atau dimansuhka­n.

Umat Islam di Malaysia perlu teguh mempertaha­nkan identiti dan kedudukan Islam di negara ini kerana arus liberal demokratik yang ingin me ngubah identiti negara akan terus mengasak secara kuat dan kita hanya akan mempunyai kekuatan jika bersatu.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Umat Islam perlu bersatu mempertaha­nkan kesucian Islam dan kedaulatan negara.
[FOTO HIASAN] Umat Islam perlu bersatu mempertaha­nkan kesucian Islam dan kedaulatan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia