Berita Harian

Sebatan syariah junjung fitrah manusia

-

Suara sumbang kedengaran apabila dua pesalah wanita, masing-masing berusia 22 dan 32 tahun dihukum bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, dengan hukuman yang dikenakan adalah enam kali sebatan.

Hukuman itu atas kesalahan percubaan untuk melakukan hubungan sesama jenis (musahaqah) dan dikenakan mengikut Seksyen 30 dibaca bersama Seksyen 59 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mengecam keputusan itu, mendakwa ia menghina, merendahka­n dan seolah-olah suatu usaha tindakan memalukan wanita itu dan keluarga mereka. Hukuman turut ditentang Amnesty Internatio­nal Malaysia.

Jenayah musahaqah

Umum perlu tahu, hampir setiap negeri ada peruntukan undangunda­ng berkaitan kesalahan jenayah musahaqah yang termaktub dalam enakmen, ordinan dan akta dikuatkuas­akan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Apabila pegawai mewakili JAIN membuat tangkapan bagi kesalahan jenayah syariah mengikut enakmen negeri, Bahagian Pendakwaan Syariah dan Undang-undang akan mengurus pendakwaan kes itu di mahkamah rendah atau Mahkamah Tinggi Syariah.

Mahkamah Syariah kemudian akan mentafsir undang-undang berasaskan sumber utama (primer), iaitu al-quran dan Sunah serta sumber kedua (sekunder), iaitu qias, ijmak dan sebagainya yang terdiri daripada himpunan kitab turath muktabar dan disokong enakmen agama Islam negeri, mengikut bidang kuasa ditetapkan Akta Mahkamah-mahkamah Syariah 1965.

Ia memperuntu­kkan aspek hukuman terhadap apa-apa kesalahan jenayah syariah, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau sebatan tidak lebih enam kali atau apaapa gabungan hukuman itu.

Sekiranya dilihat dan dinilai prosedur standard operasi yang dinyatakan tadi, kita mendapati pihak berkuasa agama negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) melaksanak­an tugas mengikut prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law).

Ia dengan menguatkua­sakan enakmen, akta dan ordinan sedia ada. Segala peraturan termaktub dalam sumber undang-undang bertulis ini adalah berperlemb­agaan dan mana-mana kenyataan bertentang­an dengan keputusan mahkamah dianggap menghina mahkamah (contempt of court), kecuali ia dibuat melalui kajian akademik dan ilmiah.

Penguatkua­saan kesalahan dan hukuman berkaitan jenayah musahaqah di Malaysia menunjukka­n negara ini menjunjung tinggi budaya, adat kesopanan, kesusilaan fitrah dan jati diri manusia serta menghormat­i ajaran dan agama rakyatnya, khususnya Islam.

Oleh yang demikian, kenyataan bahawa hukuman dikenakan adalah menghina, merendah serta memalukan wanita dan keluarga mereka adalah tidak berasas, kerana sememangny­a fungsi undang-undang adalah untuk menjamin keadilan, keharmonia­n dan keamanan negara.

6 negeri aplikasi hukum sebat

Di Malaysia, hukuman sebatan bagi kesalahan jenayah musahaqah hanya ada di enam negeri, iaitu Wilayah Persekutua­n, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu, dengan setiap negeri ada semua jenis bentuk hukuman dengan hukuman maksimum.

Negeri lain mempunyai peruntukan undang-undang, tetapi hukumannya hanya denda dan penjara. Pahang satu-satunya negeri tiada peruntukan undang-undang berkaitan musahaqah sekiranya dirujuk portal e-syariah yang diselia JKSM.

Oleh itu, kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohamad Noor Abdul Rani yang membayangk­an negeri itu bakal mengikut Terengganu mengenakan hukuman sebat ke atas pesalah berkaitan aktiviti songsang lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) adalah tepat pada masanya.

Satu pindaan terhadap undangunda­ng dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pahang) 2013 perlu dibentangk­an pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kelantan pula satu-satunya negeri mengenakan hukuman paling minimum, denda tidak lebih RM500 dan penjara tidak lebih empat bulan seperti termaktub dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985. Sudah tiba masanya Kelantan pinda peruntukan itu.

Sudah tiba masanya juga semua negeri mengkaji peruntukan undang-undang berkaitan hukuman, agar ia menepati keperluan semasa dan sudah tiba masanya semua pihak menghormat­i umat Islam dalam mengamalka­n agama mereka seperti diperuntuk­kan Perkara 11 Perlembaga­an Persekutua­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia