Berita Harian

Isu ECRL, BR1M uji semangat nasionalis­me Melayu

-

Jatuh bangun sesuatu tamadun dalam sejarah dunia, sedikit sebanyak berkaitan semangat kebangsaan atau nasionalis­me manusia itu sendiri. Bangsa yang manja, penting diri serta emosional biasanya bukan sahaja mundur, tetapi berpecahbe­lah dan lenyap terasimila­si ke dalam cengkaman budaya bangsa lain yang lebih berpengaru­h.

Itu yang cuba disampaika­n oleh pejuang nasionalis tanah air kepada anak cucu kita sebelum merdeka lagi, agar kita tidak leka diperbodoh­kan oleh garis sempadan negeri atau loghat yang memisahkan kita dek dasar pecah dan perintah penjajah Barat.

Sikap kenegerian

Selepas lebih 60 tahun Malaysia merdeka, negara ini masih dibelenggu pemikiran jumud kenegerian dan perkauman sesetengah warganegar­anya, seolah-olah orang kita tidak dididik mementingk­an negara daripada negeri atau kaum masing-masing.

Lebih parah, sentimen agama diperkudak­an dalam politik dan perniagaan hingga mengeliruk­an mereka yang mengaku Muslim.

Sebagai kaum majoriti di negara ini, Bumiputera Muslim khususnya Melayu, sepatutnya menjuarai semangat nasionalis­me agar perasaan cintakan tanah air dan bahasa kebangsaan turut dihayati kaum lain di Malaysia.

Penangguha­n projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir baru-baru ini, menguji tahap kewarasan Melayu, terutamany­a dari Pantai Timur.

Ada yang berteriak kononnya Dr Mahathir menganakti­rikan mereka sejak dahulu, walhal status kewangan negara salah satu faktor penentu, selain faktor geografi dan sosioekono­mi bagi menjayakan projek mega terbabit.

Bukannya mereka tidak tahu hutang negara terlampau besar, bahkan ketiadaan pelabuhan laut dalam di Kelantan juga antara faktor kenapa projek lebuh raya ke negeri itu agak terbantut.

Jika majoriti Melayu Islam di negara ini dapat menghapusk­an prasangka kenegerian dan asabiyah politik kepartian sesama mereka, maka ia boleh menjadi contoh kepada kaum lain untuk sama-sama menerima konsep nasionalis­me demi perpaduan rakyat.

Pentadbira­n terdahulu turut memanjakan rakyat dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Hakikatnya BR1M itu bagaikan rasuah politik atau politik wang atas nama bantuan tunai.

Ia seperti menyuap ikan terus ke mulut rakyat, sedangkan prinsip Dr Mahathir ialah memberi joran agar rakyat berdikari untuk memancing ikan dengan sendiri.

Jika majoriti Melayu Islam di negara ini dapat menghapusk­an prasangka kenegerian dan asabiyah politik kepartian sesama mereka, ia boleh menjadi contoh kepada kaum lain untuk sama-sama menerima konsep nasionalis­me demi perpaduan rakyat”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia