Berita Harian

Syed Zainal dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UITM

-

Kuala Lumpur: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Dagangan Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UITM) yang baharu selama tiga tahun, berkuat kuasa Julai lalu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata Syed Zainal Abidin mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang korporat serta pendidikan, malah pernah menjadi anggota panel penasihat industri bagi beberapa universiti awam dan swasta.

Katanya, beliau juga pernah dilantik Ahli Jawatankua­sa Induk Anugerah Akademik Negara, Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Yakin mampu kemudi UITM

“Selaku tokoh korporat dihormati dan disegani, saya yakin Syed Zainal mampu mengemudi UITM dan menjadikan­nya pusat pengajian tinggi yang dinamik untuk bergerak seiring keperluan serta cabaran semasa.

“Saya percaya kepimpinan beliau akan memberi suntikan baharu kepada kecemerlan­gan UITM, yang secara tidak langsung akan membantu hasrat kerajaan terus memartabat­kan sistem pendidikan negara.

“Saya turut mengucapka­n terima kasih atas sumbangan Tan Sri Dr Ahmad Zaidee Laidin sepanjang tempoh menyandang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UITM dari Julai 2015 hingga Julai lalu,” katanya dalam satu kenyataan kepada NSTP.

Syed Zainal memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam jurusan Kejurutera­an daripada University of Maryland, Amerika Syarikat dan pernah menerajui Kumpulan PROTON Holdings Bhd dan Perodua Auto Corporatio­n Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia