Berita Harian

Syor tindakan gantung tugas

Cadangan badan bebas bolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan lanjut

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Seorang ketua jabatan sebuah hospital kerajaan di Lembah Klang yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap doktor pelatih, dicadangka­n digantung tugas.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata cadangan berkenaan dibuat oleh badan penyiasat bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes salah laku gangguan seksual itu.

Buat laporan kepada Majlis Perubatan Malaysia

Katanya, badan penyiasat bebas itu turut mencadangk­an laporan dibuat kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk menyiasat ketua jabatan terbabit berhubung salah laku profesiona­l mengikut peruntukan dalam Akta Perubatan 1971.

“Siasatan mendapati ada asas mencukupi untuk Kementeria­n Kesihatan mengambil langkah seterusnya terhadap ketua jabatan yang dimaksudka­n.

“Kementeria­n disarankan mengambil langkah perlu untuk menggantun­g ketua jabatan itu bagi membantu siasatan selanjutny­a oleh pihak berkuasa berkaitan. Tindakan penggantun­gan itu seiring dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, badan penyiasat bebas itu diwakili pegawai Kementeria­n Kesihatan dan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Badan penyiasat bebas membentang­kan penemuan mereka kepada saya dan Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh serta pengurusan tertinggi Kementeria­n Kesihatan,” katanya.

Tunggu kenyataan rasmi

Mengenai khabar angin berhubung pertukaran doktor dan pakar perubatan, Dr Dzulkefly meminta menunggu kenyataan rasmi daripada kementeria­n.

Baru-baru ini, media melaprkan ketua Jabatan Ortopedik di sebuah hospital awam di Lembah Klang, beberapa kali membuat gangguan seksual terhadap beberapa Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di bawah seliaan beliau.

Susulan itu, sebuah badan penyiasat bebas ditubuhkan Kementeria­n Kesihatan bagi menyiasat isu terbabit.

Siasatan mendapati ada asas mencukupi untuk Kementeria­n Kesihatan mengambil langkah seterusnya terhadap ketua jabatan yang dimaksudka­n”

Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan

 ??  ??
 ??  ?? Laporan BH 18 Ogos lalu.
Laporan BH 18 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia