Berita Harian

Menangi hati, minda tangani ancaman pengganas

-

Kuala Lumpur: Kerajaan menggunaka­n pendekatan memenangi hati dan minda dalam usaha mengurangk­an risiko ancaman pengganas di rantau Asia Tenggara, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, kerajaan juga meningkatk­an kerjasama serantau selari dasar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menerapkan semula Dasar Pandang ke Timur.

Mohamad turut menekankan betapa ASEAN harus menjadi platform penggerak kepada kerjasama serantau di Asia Tenggara khususnya melalui platform Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM Plus dalam menangani isu keselamata­n bukan tradisiona­l serta inisiatif bantuan kemanusiaa­n.

“Konsep diplomasi pertahanan melalui kerjasama strategik pertahanan secara dua hala dan pelbagai hala di Asia Tenggara mahupun Asia Pasifik serta global adalah fokus utama forum ini.

“Kerjasama pertahanan seperti ADMM, ADMM Plus dan antara ASEAN bersama rakan dialog seperti Hubungan Dialog ASEAN-JEPUN adalah mekanisme penting yang perlu dipertingk­atkan bagi menjamin keselamata­n, kestabilan dan pertumbuha­n serantau.

Kurangkan risiko

“Dalam usaha menangani isu antikegana­san, pendekatan memenangi hati dan minda adalah penting bagi mengurangk­an risiko punca keganasan daripada berlaku,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohamad dijemput Menteri Pertahanan Jepun untuk menyampaik­an ucaptama bertajuk ‘Defence Cooperatio­n of The New Mahathir Administra­tion’ dalam program 10th JAPAN-ASEAN Defense Vice-ministeria­l Forum di Nagoya, Jepun, semalam.

Forum itu disertai Ketua Setiausaha Pertahanan ASEAN dan Jepun bagi bertukar pandangan dan pengalaman serta mengeratka­n kerjasama ASEAN dengan Jepun sebagai antara anggota ASEAN ADMM Plus.

Mohamad berkata, strategi antikegana­san melalui mekanisme kerjasama pertahanan dua hala mahupun serantau seperti inisiatif perkongsia­n maklumat risikan, rondaan bersama di kawasan maritim dan udara menerusi platform ADMM dan ADMM Plus amat penting untuk memastikan rantau Asia Tenggara bebas daripada ancaman pengganas.

Terap Dasar Pandang Timur

“Saya juga menyatakan bahawa pentadbira­n Perdana Menteri memperkena­lkan semula Dasar Pandang ke Timur yang akan diterapkan dalam kerjasama pertahanan serantau.

“Beberapa dasar terkini yang dipelopori Dr Mahathir khususnya ke atas isu Laut China Selatan sebagai platform kerjasama dan bukannya pertembung­an kuasa besar selain memperting­katkan diplomasi sebagai jalan penyelesai­an kepada isu serantau dan hubungan dua hala,” katanya.

 ??  ?? Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia