Berita Harian

Aduan SST guna Whatsapp

Pengguna boleh beri maklumat sebelum tindakan dalam tempoh 24 jam

- Oleh Suzalina Halid

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyediaka­n kaedah baharu melalui aplikasi Whatsapp untuk orang ramai melaporkan sebarang aduan berkaitan pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) khususnya membabitka­n kenaikan harga barangan.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata pengguna boleh menyalurka­n aduan dengan memberikan maklumat lengkap melalui aplikasi Whatsapp pada nombor 0192794317 sebelum tindakan susulan oleh penguat kuasa KPDNHEP diambil dalam tempoh 24 jam.

Beliau berkata, sejak kaedah baharu itu dilancarka­n 1 September lalu, sebanyak 642 laporan direkodkan dalam tempoh tiga hari dengan aduan paling banyak membabitka­n kenaikan harga barangan di restoran dan kad tambah nilai prabayar.

“Kita baru memulakan inisiatif ini bagi melengkapi lapan lagi saluran disediakan dalam menyalurka­n aduan termasuk melalui laman sosial Facebook, e-mel dan talian bebas tol.

Gambar sebagai bukti

“Paling penting, pengadu perlu mengambil gambar bukti kenaikan sesuatu harga barangan dan di mana ia berlaku dan hantarkan maklumat itu kepada nombor 019-2794317 bagi membolehka­n penguat kuasa kami datang membuat pemeriksaa­n dalam tempoh 24 jam, ” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Terdahulu, Saifuddin menghadiri Majlis Taklimat SST kepada EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pada masa sama, sejak pelaksanaa­n SST 1 September lalu, pihaknya mendapati penguranga­n harga barangan dilaksanak­an peniaga tidak begitu ketara iaitu sekitar 0.2 hingga 12.9 peratus.

Katanya, ia berikutan terdapat faktor lain menjadi kekangan terhadap penurunan harga barangan secara mendadak termasuk kos pengangkut­an dan pembayaran gaji pekerja.

Sementara itu, mengulas tindakan Datuk Seri Najib Razak yang membuat aduan di laman sosial Twitter mengenai sebuah kedai pau dikenakan SST, Saifuddin bagaimanap­un berkata, beliau menghargai kesedaran bekas Perdana Menteri itu terhadap realiti ‘kehidupan’ dihadapi rakyat.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa berlapang dada terhadap setiap teguran diberikan terhadap pelaksanaa­n SST sebelum penambahba­ikan boleh dilakukan seperti dibuat sebelum ini.

“Mengulas teguran Najib berhubung pau dikenakan SST, kita ada sistem setiap perniagaan mencecah jualan RM1.5 juta, maka dikenakan cukai,” katanya.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID /BH] ?? Saifuddin bersama Mukhriz beramah mesra dengan peserta selepas majlis Perasmian Penutupan Taklimat SST di Dewan Seri Mentaloon, Anak Bukit, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID /BH] Saifuddin bersama Mukhriz beramah mesra dengan peserta selepas majlis Perasmian Penutupan Taklimat SST di Dewan Seri Mentaloon, Anak Bukit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia