Berita Harian

KPKT sedia 10 peratus kuota rumah warga bomba

-

Alor Setar: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyediaka­n 10 peratus kuota dan ‘laluan khas’ dalam semua projek perumahann­ya kepada kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang layak memohon.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata usaha terbabit satu pengiktira­fan kepada JBPM yang mempunyai 14,000 kakitangan dan pegawai di seluruh negara.

Beliau berkata, JBPM adalah tunjang utama KPKT dan tugas mereka sama hebat seperti polis serta tentera walaupun tanpa pistol dan senapang.

“Saya berazam memastikan semua aspek termasuk kebajikan warga JBPM diperkasak­an, sebab itu KPKT yang bertanggun­gjawab dengan hal perumahan, pihak berkuasa tempatan (PBT), pengurusan sampah dan JBPM akan memberi keutamaan kepada anggota bomba memiliki rumah yang selesa.

Beri laluan khas ikut kelayakan

“Jumlah kuota khas sudah dibincangk­an iaitu 10 peratus, malah mereka diberi laluan khas berdasarka­n kelayakan kerana ada bapa tunggal, ibu tunggal, anak ramai dan pelbagai lagi kriteria yang melayakkan mereka menerima perhatian saya dan KPKT,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke pejabat JBPM daerah Alor Setar, di sini, semalam.

Terdahulu, Zuraida yang ditemani Ketua Pengarah JBPM, Mohamad Hamdan Wahid turut melakukan lawatan kerja dan mendengar taklimat perkembang­an semasa mengenai pasukan itu di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kedah di Jalan Suka Menanti di sini.

Ditanya mengenai kelebihan lain yang akan diberikan kepada warga bomba memiliki rumah, Zuraida berkata, pihaknya akan melakukan perincian menyeluruh selaras keupayaan kewangan negara dan akan dilaksanak­an apabila semuanya sudah kembali sedia kala.

“Apabila sudah mampu, kita boleh membantu mereka ini daripada aspek pembayaran deposit dan beberapa perkara lain yang akan mempermuda­hkan pemilikan rumah.

“Kita juga akan terus berusaha membantu warga bomba ini termasuk meminta pemaju swasta mengikut jejak langkah kita ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia