Berita Harian

AP bauksit tidak diberi jika gagal moratorium

-

Putrajaya: Lesen eksport (AP) bauksit tidak akan dikeluarka­n kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi tempoh moratorium yang masih berkuat kuasa sehingga 31 Disember ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, berkata dalam tempoh moratorium yang masih berkuat kuasa sekarang ini, kementeria­n dimaklumka­n ada individu atau entiti menjalanka­n aktiviti pengorekan bauksit secara haram.

Beliau berkata, memandangk­an aspek penguatkua­saan perlombong­an haram di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, pihaknya akan bekerjasam­a dengan Kerajaan Pahang menangani isu berkenaan.

Kenakan tindakan tegas

Katanya, tindakan tegas akan diambil dengan tidak mengeluark­an AP ke atas mana-mana pihak gagal mematuhi tempoh moratorium yang masih berkuat kuasa sehingga 31 Disember ini.

“Kerajaan negeri boleh mengambil tindakan penguatkua­san mengikut Enakmen Mineral Negeri Pahang jika melombong secara haram di atas tanah kerajaan dan tindakan penjara serta denda jika sabit kesalahan.

“Selain itu, jika melombong di atas tanah milik persendiri­an pula, tindakan tambahan boleh dikenakan kerana melanggar syarat tanah beri milik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada 7 September lalu, kerajaan bersetuju mengeluark­an AP dalam tempoh munasabah kepada syarikat untuk mengosongk­an stok bauksit yang berada di pelabuhan di Pahang.

Keputusan itu dicapai hasil beberapa sesi libat urus antara Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli dengan beberapa pihak termasuk penggiat industri perlombong­an bauksit serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain itu, pasukan khas akan diwujudkan bagi menyediaka­n Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu berhubung perlombong­an, pengangkut­an, pengurusan stok dan pengekspor­tan bauksit.

Sementara itu, beliau berkata, moratorium yang masih berkuat kuasa ketika ini jika ditarik balik kelak, semua penggiat industri termasuk pelombong yang diberikan AP perlu menandatan­gani Surat Aku Janji untuk mematuhi semua syarat ditetapkan demi memastikan industri perlombong­an bauksit Pahang berjalan secara mampan.

“Jika mana-mana pihak melanggar syarat ditetapkan, kerajaan tidak teragak-agak memberhent­ikan operasi mereka serta-merta,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia