Berita Harian

Polis tahan bekas pegawai rakam bawah skirt wanita

Permohonan reman bekas kakitangan Kementeria­n Dalam Negeri dibuat hari ini

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Polis menahan bekas pegawai kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, di Solaris Dutamas jam 1 tengah hari semalam, selepas lelaki itu disyaki merakam bahagian bawah skirt pekerja wanita menggunaka­n telefon bimbit di sebuah kedai cermin mata, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata lelaki berusia lingkungan 30an itu ditahan ketika berada di sebuah restoran di lokasi berkenaan.

“Dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Akta 336).

“Permohonan reman terhadap lelaki itu dijangka dibuat esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, seorang petugas wanita di kedai cermin mata di Solaris Dutamas, di sini, membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, selepas menyedari seorang lelaki dipercayai pegawai timbalan menteri berkenaan merakam video bahagian bawah skirt dipakainya kira-kira jam 11 pagi.

Rakaman video perbuatan suspek sepanjang satu minit 46 saat turut dimuat naik di laman sosial Facebook.

Pemeriksaa­n terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan mendapati lelaki itu merakam bahagian dari bawah skirt wanita terbabit.

Jangan sebar rakaman video

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarka­n rakaman video itu kerana kes masih dalam siasatan.

“Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes diminta menghubung­i pegawai penyiasat, Asisten Superinten­dan Azrizal Khairul Abd Kadir di talian 0192769117 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 0340482233,” katanya.

Kelmarin, Mohd Azis menerusi Facebook memaklumka­n memecat seorang pegawainya yang didakwa merakam video melalui bawah skirt seorang petugas wanita di kedai cermin mata.

Sementara itu, di Seremban,

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan, memuji tindakan Mohd Azis yang memecat pegawainya kerana merakam video melalui bawah skirt seorang pekerja wanita di kedai cermin mata.

Katanya, tindakan itu melambangk­an lembaran baru kerajaan Pakatan Harapan dalam mengamalka­n falsafah ‘hormat wanita’.

“Golongan lelaki harus lebih gender sensitif dan tidak memperkeci­lkan atau mempersend­akan wanita. Saya faham bahawa perbuatan itu adalah ‘voyeurisme’ iaitu suatu kecenderun­gan seksual (paraphilia) untuk mengintip organ seks orang lain secara diamdiam, kebanyakan­nya tidak bermotif jahat seperti insiden “locker room talk” yang dikaitkan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

“Tetapi, perbuatan itu sendiri tidak menghormat­i wanita. Golongan lelaki seharusnya membayangk­an perbuatan itu dilakukan terhadap ibu, isteri, anak perempuan atau adik perempuan mereka sebelum berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia