Berita Harian

Kayuhan Merdeka 200km di Perth

Ketua Polis Kelantan sahut cabaran kibar Jalur Gemilang

- Oleh Attirmidzi­e Rahman cnews@nstp.com.my Kota Bharu

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, antara 47 peserta dalam Program Kayuhan Merdeka Rentas Benua sejauh 200 kilometer (KM) di Perth, Australia, selama lima hari bermula hari ini.

Program anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bertujuan menaikkan nama Kelantan dan negara ke peringkat antarabang­sa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, berkata program julung kali itu disertai kakitangan badan terbabit serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr Zawawi Wan Ismail dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Faudzi Che Mamat.

Misi kayuhan 5 hari

Katanya, selain mahu melengkapk­an misi kayuhan sejauh 200km, mereka pada masa sama turut mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera negeri.

“Seramai 47 peserta akan berbasikal mengelilin­gi bandar raya Perth selama lima hari, bermula esok (hari ini) dan berakhir pada 15 September.

“Penaja program akan turut menyerahka­n A$1,000 kepada Masjid Al-taqwa Mirrabooka,” katanya selepas merasmikan gimik pelepasan di pekarangan PKINK, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat.

Hasanuddin, 57, ketika ditemui berkata, beliau menyertai program itu bagi menambah pengalaman dalam sukan rekreasi, selain mempelajar­i budaya berbasikal yang menjadi antara pengangkut­an utama di bandar raya Perth.

“Sebagai anggota keselamata­n, saya mahu mengambil contoh kawalan keselamata­n di sana selain mempelajar­i elemen cegah jenayah supaya ia dapat diaplikasi di Kelantan.

“Saya menyahut cabaran ini walaupun ia pengalaman pertama menyertai kayuhan sejauh 200km dan saya akan melakukan sekadar mampu selain mengharapk­an misi berjalan lancar,” katanya.

 ?? [FOTO ATTIRMIDZI­E RAHMAN /BH] ?? Hasanuddin mengibar bendera Kelantan ketika bergambar bersama sebahagian peserta Program Kayuhan Merdeka Rentas Benua di Perth di pekarangan PKINK, semalam.
[FOTO ATTIRMIDZI­E RAHMAN /BH] Hasanuddin mengibar bendera Kelantan ketika bergambar bersama sebahagian peserta Program Kayuhan Merdeka Rentas Benua di Perth di pekarangan PKINK, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia