Berita Harian

Keluarga tak puas hati remaja kena tahan

-

Petaling Jaya: Hampir 20 orang ahli keluarga dan kenalan rapat dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, berkumpul di Mahkamah Petaling Jaya kerana tidak berpuas hati dengan penahanan dua remaja terbabit.

Jurucakap kumpulan itu yang juga aktivis kanak-kanak badan bukan kerajaan (NGO) Voice of Children, Hartini Zainuddin, berkata tindakan menggari dua remaja itu bertentang­an dengan kod dikeluarka­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi layanan terhadap tahanan di bawah umur.

Pelanggara­n kod untuk kanak-kanak

“Tindakan ini umpama memalukan mereka dan saya berada di sini kerana diberitahu berlaku pelanggara­n kod untuk kanak-kanak.

“Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) mencadangk­an 12 tahun lalu supaya remaja tidak perlu digari dan dipakaikan pakaian lokap,” katanya ketika ditemui, semalam.

Kelmarin, dua anak tiri Nazrin berusia 14 dan 16 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata permohonan reman terhadap remaja itu dibuat di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) mencadangk­an 12 tahun lalu supaya remaja tidak perlu digari dan dipakaikan pakaian lokap ”

Hartini Zainuddin,

Aktivis Voice of Children

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia