Berita Harian

Reman isteri dilanjut 3 hari

Tempoh disambung bolehkan siasatan

- Oleh Fazrik Kamarudin

Perintah reman terhadap isteri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu, disambung tiga hari bermula hari ini.

Majistret Nurulhuda Zakariya membenarka­n tempoh reman sehingga Khamis ini terhadap Samirah Muzaffar, 43, bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan.

Peguam belanya, Hisyam Teh Poh Teik, berkata polis meminta tempoh dilanjutka­n sehingga tujuh hari namun pihaknya meminta ia dikurangka­n kepada tiga hari.

“Pihak polis meminta sambungan tujuh hari atas alasan ingin menjalanka­n siasatan lanjut, namun kami membantah kerana proses soal siasat tidak boleh dijadikan alasan memanjangk­an tempoh reman,” katanya kepada pemberita, semalam.

Kemuka bantahan

Hisham dijangka mengemukak­an bantahan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, berhubung penahanan dua anak Samirah yang direman tujuh hari bermula kelmarin.

Pada 4 September lalu, polis menahan Samirah dan bekas suaminya sebelum kedua-duanya direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes CEO terbabit.

Pada 3 Ogos, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, dilaporkan berkata, kes kematian Nazrin diklasifik­asikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menunjukka­n wujud kesan petrol di lokasi kejadian, selain berdasarka­n keputusan bedah siasat.

Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Mutiara Homes di sini, kira-kira jam 12.20 tengah hari pada 14 Jun lalu.

Mangsa berkhidmat di Cradle Fund, iaitu syarikat bawah Kementeria­n Kewangan yang berperanan membangunk­an usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan di negara ini, sejak 15 tahun lalu dengan jawatan terakhir sebagai CEO.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI /BH] ?? Ahli keluarga dan NGO yang hadir membantah di pekarangan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI /BH] Ahli keluarga dan NGO yang hadir membantah di pekarangan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia