Berita Harian

HIJRAHKAN MINDA

Pelajar perlu ambil pengajaran peristiwa hijrah Rasulullah

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Awal Muharam atau Maal Hijrah ialah hari penting bagi seluruh umat Islam kerana menandakan bermulanya tahun baharu yang perlu disertakan dengan keazaman yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Hijrah itu sendiri membawa maksud perpindaha­n yang boleh dilihat daripada pelbagai sudut untuk dikaitkan dalam kehidupan seharian manusia.

Penghijrah­an boleh berlaku sama ada perpindaha­n dari satu tempat ke satu tempat yang lain, mahupun perpindaha­n rohani daripada keburukan kepada kebaikan.

Kajang: Semangat dan ketokohan Rasullulah SAW dalam memperjuan­gkan agama Islam, boleh dijadikan contoh terbaik kepada pelajar dalam mengejar ilmu masing-masing.

Pelajar SMK Agama Maahad Hamidiah, Qadrina Aleana Saari, berkata sudah semestinya impian setiap pelajar mahu berjaya dalam pelajaran dan hidup.

Katanya, impian itu jika tidak disertakan dengan usaha pasti tidak dapat membuahkan hasil yang membanggak­an diri dan keluarga.

“Saya mengambil iktibar daripada kesungguha­n baginda Rasulullah SAW untuk berusaha dan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Bukti kemampuan

“Sebagai pelajar dan calon Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3), kami tidak boleh lemah serta perlu membuktika­n kemampuan di medan peperiksaa­n nanti untuk memperoleh keputusan cemerlang,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Nasrul Naufal Norazman berkata, nilai yang dipelajari daripada kisah hijrah Rasulullah SAW adalah betapa pentingnya tali persaudara­an dan perpaduan yang perlu diterapkan dalam diri.

Katanya, sebagai contoh seorang pelajar perlu sentiasa menjalinka­n ukhuwah yang baik dengan guru untuk menuntut ilmu supaya lebih berkat.

“Kita tidak boleh sombong, apatah lagi dengan guru yang menabur ilmu kepada pelajar, malah pada masa sama perlu saling membantu antara satu sama lain tidak kira kaum.

“Kita perlu berbuat baik dengan semua orang kerana nilai perpaduan itu penting dalam memastikan keharmonia­n hidup sentiasa kekal tidak kira di mana kita berada,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Qadrina Aleana Saari
Qadrina Aleana Saari
 ??  ?? Nasrul Naufal Norazman
Nasrul Naufal Norazman
 ??  ?? Sebahagian pelajar meluangkan waktu menghafaz al-quran yang dapat mewujudkan suasana ukhuwah di antara satu sama lain.
Sebahagian pelajar meluangkan waktu menghafaz al-quran yang dapat mewujudkan suasana ukhuwah di antara satu sama lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia