Berita Harian

Penghijrah­an sikap penting untuk ubah sosioekono­mi

SMKA Maahad Hamidiah perkenal Program Guru Muda untuk pelajar cemerlang

-

Dari Muka 27

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, Encik Md Yusof Rahim, berkata dengan mengambil iktibar peristiwa hijrah Rasulullah SAW, golongan pelajar juga boleh menghijrah­kan minda masing-masing menerusi perkongsia­n ilmu mereka dengan orang lain.

Encik Md Yusof berkata, hal ini kerana ilmu dan pendidikan adalah perkara penting yang berupaya membaiki tahap sosioekono­mi diri dan sesebuah keluarga.

“Pelajar tidak boleh berfikiran sempit dan kedekut dengan ilmu masing- masing, malah perkongsia­n ilmu bukan sahaja dengan kelompok rakan sebaya di sekolah, tetapi dengan sesiapa sahaja.

Lebih berkat

“Saya percaya jika seseorang pelajar itu tidak kedekut ilmu, sudah pasti ilmu yang diperoleh mereka akan bertambah dan lebih diberkati,” katanya.

Encik Md Yusof berkata, di SMKA Maahad Hamidiah, pihaknya memperkena­lkan Program Guru Muda yang membabitka­n perkongsia­n ilmu pelajar cemerlang dengan pelajar lain.

Katanya, kumpulan pelajar cemerlang itu bukan sahaja akan berkongsi ilmu dengan rakan sebaya di sekolah itu, malah akan berkunjung ke sekolah lain untuk mengembang­kan ilmu dan pengetahua­n masing-masing.

“Dalam program ini pelajar berperanan membimbing rakan-rakan lain dan pihak sekolah mahu mereka tampil lebih berani ketika berada di khalayak ramai.

Tampil berani

“Sifat keberanian itu penting bagi meningkatk­an keyakinan pelajar yang akhirnya amat berguna untuk mereka terutama apabila melangkah ke institusi pengajian tinggi dan alam pekerjaan,” katanya.

Sambil menegaskan pihak sekolah sentiasa menanam semangat dan motivasi kepada pelajarnya, Encik Md Yusof berkata, beliau tidak mahu golongan itu terlalu berpuas hati dengan apa yang mereka peroleh pada hari ini.

Sebagai contoh, katanya jika mereka memperoleh gred B dalam sesuatu subjek, walaupun sudah lulus, mereka perlu berusaha mendapatka­n keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Mereka perlu sentiasa membuka minda dan tidak mudah berpuas hati dengan sesuatu, sebaliknya berusaha berhijrah menjadi insan yang serba boleh dalam pelbagai bidang,” katanya.

 ??  ?? Encik Md Yusof Rahim
Encik Md Yusof Rahim
 ??  ?? Pelajar yang terpilih menjadi guru muda berkongsi ilmu dengan rakan-rakan ketika sesi pembelajar­an di SMK Maahad Hamidiah.
Pelajar yang terpilih menjadi guru muda berkongsi ilmu dengan rakan-rakan ketika sesi pembelajar­an di SMK Maahad Hamidiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia