Berita Harian

Pembunuh bekas ADUN Alor Limbat mati ditembak

Peluru kena kepala, dada penjenayah selepas berbalas tembakan dengan polis

- Oleh Rosli Ilham

Selepas hampir tiga tahun diburu, penjenayah paling dikehendak­i polis di Pantai Timur, Keri Pok Jeng akhirnya ditembak mati di FELDA Neram Satu, dekat sini, semalam.

Keri atau nama sebenarnya, Syukri Mohamad Abiah, 37, mati apabila dua biji peluru mengenai kepala dan dadanya selepas berbalas tembakan dengan polis, kira-kira jam 4.30 pagi.

Polis percaya penjenayah ini bertindak sebagai pembunuh upahan dan suspek dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Alias Abdullah pada 9 Oktober 2015.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid, berkata sebelum kejadian, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri Terengganu menerima maklumat berhubung seorang penjenayah bersembuny­i di sebuah rumah dalam pembinaan di situ.

Lakukan lebih 12 jenayah

Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan itu, polis pergi ke kawasan itu dan ketika cuba membuat tangkapan, suspek dikatakan melepaskan tembakan kepada anggota polis.

“Polis kemudian membalas tembakan itu dan sebaik selesai tembakan dan membuat pemeriksaa­n polis dapati suspek sudah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaa­n polis mendapati lelaki itu adalah penjenayah yang dikehendak­i dengan melakukan jenayah melebihi 12 kes termasuk kes bunuh, jenayah kekerasan, culik, mendatangk­an cedera dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, malam tadi.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Superinten­dan Mohd Fadhil Minhat dan Ketua Polis Daerah Kemaman, Superinten­dan Mohd Said Ibrahim.

Fazlisyam berkata, hasil pemeriksaa­n polis berjaya menemui sepucuk pistol separa automatik masih berisi sebutir peluru yang digunakan suspek serta sebilah parang.

“Polis menemui 16 kelongsong peluru termasuk yang dilepaskan suspek dan polis di lokasi kejadian. Suspek mula terbabit dengan jenayah pada tahun 2001 iaitu mendatangk­an cedera dan ugutan jenayah.

“Suspek terbabit dengan banyak kes jenayah sehingga dia dikehendak­i polis di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.

“Menyedari dia menjadi buruan polis, suspek yang berasal dari Pasir Putih Kelantan, sering berpindah randah dan menyembuny­ikan diri bagi mengelak ditangkap, ” katanya.

Jenayah bersendiri­an

Katanya, suspek melakukan jenayah bersendiri­an dan tidak menyertai mana-mana kumpulan jenayah dan hanya menyembuny­ikan diri di dalam negara.

“Polis percaya suspek terbabit dengan kes tembak mati seorang bekas ADUN dan dengan tumpasnya suspek, polis berjaya menyelesai­kan banyak kes membabitka­n suspek,” katanya.

Pada 9 Oktober 2015, Alias maut ditembak di pipi kiri oleh dua lelaki ketika sedang berehat di rumahnya di Kampung Alor Limbat.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia 51 tahun, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bukit Payung jam 2.15 petang.

Allahyarha­m yang juga pemilik firma guaman Alias Abdullah & Co berkhidmat sebagai ADUN Alor Limbat dari 2004 hingga 2013.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Fazlisyam (kiri) bersama Mohd Said (tengah) menunjukka­n senjata api dan parang yang ditemui pada Syukri pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Chukai, semalam.
[FOTO BERNAMA] Fazlisyam (kiri) bersama Mohd Said (tengah) menunjukka­n senjata api dan parang yang ditemui pada Syukri pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Chukai, semalam.
 ??  ?? Syukri Mohamad Abiah
Syukri Mohamad Abiah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia