Berita Harian

11 jam tangan mewah dilarikan perompak

-

Batu Pahat: Sebanyak 11 jam tangan mewah pelbagai jenama bernilai RM52,500 dilarikan perompak yang memecah masuk sebuah rumah di Yong Peng, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, mangsa yang juga pengusaha ladang sawit tiada di rumah kerana bercuti bersama keluargany­a.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superinten­dan KS Mender Singh, berkata mangsa memaklumka­n polis selepas menerima amaran penggera yang disambungk­an ke telefon pintarnya.

Cap jari penjenayah dikesan di lokasi

“Sebaik menerima makluman mangsa, sepasukan polis bergegas ke sebuah taman perumahan di pekan Yong Peng.

“Setibanya di rumah mangsa, polis mendapati penjenayah sudah melarikan diri bersama 11 jam tangan mewah, namun cap jari mereka dikesan di lokasi kejadian.

“Sebanyak 11 jam tangan mewah itu membabitka­n seutas jam tangan jenama Rado (berwarna perak), Panerei (perak), dua jam Oris (perak dan hitam), Mido (emas), Orient (hitam), dua jam tangan Ball (perak), Epos (perak), Omega (biru gelap) dan Gucci (emas).

“Penyamun turut melarikan mata wang Yuan China bernilai RM3,000 dan mata wang dolar Singapura bernilai RM120 serta dekoder kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam.

Mender Singh berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat termasuk dihampiri pihak yang mahu menjual jam dicurigai, diminta memaklumka­n polis dengan segera.

“Mereka yang didapati membeli barangan curi boleh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ?? [FOTO ESSA ABU YAMIN /BH] ?? Mender Singh menunjukka­n senjata yang dirampas pihak polis pada sidang media di IPD Batu Pahat, Johor, semalam.
[FOTO ESSA ABU YAMIN /BH] Mender Singh menunjukka­n senjata yang dirampas pihak polis pada sidang media di IPD Batu Pahat, Johor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia