Berita Harian

Bawa konsert ke London

-

“Jadi buat apa saya melawan arus, lebih baik saya mencuba di Hollywood. Sebelum ini, saya hanya mencuba di Asia Tenggara.

“Saya sudah berlakon di Filipina, Indonesia dan Singapura, sekarang tiba masa saya mencuba di Hollywood pula,” katanya kepada HIP.

Hans pernah membintang­i filem Miss You Like Crazy di Filipina pada 2010. Di Indonesia, Hans bekerjasam­a dengan pelakon seperti Titi Kamal menerusi filem

Tipu Kanan Tipu Kiri (2008) dan City

Sharks di Singapura pada 2003.

Tiket di Singapura laris

Ketika ini, Hans sedang sibuk mengendali­kan persiapan siri jelajah konsert Baik Punya Concert 4D di Singapura. Konsert itu akan diadakan Esplanade Concert Hall pada 13 Oktober depan.

“Sekarang, saya sedang fokus untuk menjayakan siri jelajah konsert ini... Semua persiapan terletak di bahu saya.

“Afdlin menguruska­n perihal kreatif manakala muzik dan teknikal di bawah pemantauan Awie. AC pula ‘menjaga’ aspek koreografi dan penggayaan. Ia tidak mudah, tapi saya berusaha untuk memberikan yang terbaik,” katanya.

Setakat ini, tiket konsert di Singapura laris dengan 400 tiket dijual dalam tempoh 10 minit talian tiket dibuka pada 4 September lalu.

Hans menyasarka­n sebanyak 1,600 peminat dapat menyaksika­n konsert terbabit.

Selepas Singapura, Baik Punya Concert 4D akan bergerak ke Brunei, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Terus bercerita, Hans berhasrat membawa produksi Baik Punya Concert 4D ke Melbourne, Australia dan London, United Kingdom (UK) pula.

Hans optimis produksiny­a disambut baik oleh rakyat asing biarpun berbeza bahasa.

“Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris bukanlah isu, cuma masalahnya dari segi kewangan. Saya percaya dengan kandungan yang kami persembahk­an, ia boleh menghiburk­an, tak kiralah bahasa apa yang kami guna.

“Satu lagi, konsert ini dijayakan Awie, Afdlin dan AC yang kita tahu kekuatan vokal mereka serta diusahakan produksi Tall Order yang sudah berpengala­man.

“Jadi saya fikir ia boleh direalisas­ikan,” katanya yang ditemui pada sidang media program realiti automotif, Celebrity Car Wars musim ketiga di Petaling Jaya, barubaru ini.

Ikut jejak Harith Iskandar

Mengulas lanjut mengenai penyertaan­nya dalam program Celebrity Car Wars, Hans mengaku menolak tawaran filem demi rancangan itu.

Baginya, faedah menjayakan Celebrity Car Wars lebih besar berbanding filem tempatan.

“Sebelum ini, rakanrakan saya, Andrea Fonseka dan Harith Iskandar pernah sertai program ini. Saya lihat setiap tahun ratingnya meningkat. Program ini ditonton lebih 120 juta penonton di Asia.

“Melihat pula nama selebriti popular dari negara lain, saya fikir berbaloi menolak tawaran filem untuk sertai Celebrity Car Wars. Lagipun, saya sudah buat banyak filem. Program ini berbeza dari apa yang saya lakukan.

“Kita perlu pilih tawaran mana yang memberi faedah dan penjenamaa­n paling bagus. Macam mana kita nak buat penonton di Filipina, Singapura, Thailand, Indonesia untuk tengok artis Malaysia? Celebrity Car Wars adalah platform itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Hans bersama Pengurus Jenama Caltex Malaysia/ Kemboja, Uzma Nawawi pada sidang media program Celebrity Car Wars musim ketiga di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Hans bersama Pengurus Jenama Caltex Malaysia/ Kemboja, Uzma Nawawi pada sidang media program Celebrity Car Wars musim ketiga di Petaling Jaya, baru-baru ini.
 ??  ?? Hans, Afdlin, Awie dan AC Mizal sibuk membuat persiapan siri jelajah konsert Baik Punya Concert 4D di Singapura.
Hans, Afdlin, Awie dan AC Mizal sibuk membuat persiapan siri jelajah konsert Baik Punya Concert 4D di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia