Berita Harian

Hael, Haqiem Rusli tetamu istimewa

-

Mia Palencia juga akan menghiburk­an peminat menerusi episod seterusnya.

Peminat boleh menikmati barisan lagu terbabit di laman You Tube Saluran Disney Asia.

Hubungan seperti adik-beradik

Lebih istimewa, musim baharu ini juga akan menampilka­n tetamu selebriti yang tidak asing lagi seperti Hael Husaini, Haqiem Rusli serta Diana Danielle.

Salah seorang Mousekeete­r, Gabriel, 17, memberitah­u, musim baharu lebih seronok apabila masing-masing mempunyai pengalaman dan lebih memahami tugas yang diberi.

“Apa yang paling menarik melalui kerjasama ini, saya dapat belajar banyak perkara baru setiap hari. Seperti nyanyian saya tidak berapa baik, saya banyak belajar daripada Faiz dan Dheena, manakala tarian saya banyak belajar daripada Wafiy dan Charis.

“Jadi, boleh dikatakan kami saling membantu... Itu yang membuatkan kerja lebih mudah dan seronok,” katanya yang mula berlakon sejak berusia dua tahun.

Bakat kelahiran Selangor ini menyimpan hasrat untuk terus berkecimpu­ng di dalam dunia seni selepas tamat persekolah­an. Dia mahu menjadi suri teladan pada kanak-kanak yang lain.

Menemurama­h Ellya, 15, pula, ahli baru yang menggantik­an Natasya ini mengaku mudah mesra dengan ahli lain. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini memberitah­u, rakan-rakan menyambutn­ya dengan baik sehingga hilang rasa kekok.

“Saya tidak bersama mereka dalam musim pertama, jadi mereka lebih mengenali antara satu sama lain dengan mendalam. Namun, mereka sedikit pun tidak mengetepik­an saya.

“Saya sangat seronok dapat meluangkan masa bersama mereka terutama apabila kami duduk serumah sepanjang penggambar­an. Kami lakukan semua rutin bersama seperti mengulang kaji skrip dan berlatih menari.

“Itu yang membuatkan kami lebih rapat, terutama bagi saya sebagai ahli baru,” katanya.

Ellya menjadikan Ariana Grande sebagai idola kerana mahu mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi, penari dan pelakon.

Mudah serasi

Tidak kurangnya dengan Wafiy dan Faiz, menjadi ahli Mouseketee­r disifatkan pengalaman luar biasa. Apatah lagi, mereka diberi peluang untuk melancong bersama ke Singapura, baru-baru ini.

“Saya sudah lama bekerja dengan Erissa. Kami lahir dari pentas yang sama, iaitu Astro Ceria Pop Star. Cuma saya adalah peserta musim pertama dan dia musim kedua.

“Tapi bukan hanya saya rapat dengan Erissa, malah semua. Semuanya satu kepala dan kerja macam mana susah pun, kami masih rasa seronok,” tambah Wafiy.

Kongsi Erissa dan Dheena pula, mereka suka menghiburk­an orang ramai. Musim pertama Club Mickey Mouse

mendapat sambutan yang sangat memberangs­angkan apabila mencatat 2.7 juta penonton di TV, 11 juta penonton di platform digital serta 14 juta penonton di laman Facebook Saluran Disney.

Menjadi rancangan nombor

satu di saluran Disney.

Musim kedua Club Mickey

Mouse ditayangka­n Saluran

Disney (Saluran Astro 615).

Siri yang terdiri daripada

13 episod ini menyajikan kandungan dalam gabungan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

“Saya adalah peminat tegar kartun Disney. Saya sentiasa mengikuti perkembang­an mereka. Disokong pula ibu bapa, itu membuatkan saya lebih bersemanga­t untuk menjadi ahli Mousekeete­r.

“Jujurnya saya sangat gembira dapat menjadi sebahagian dari musim pertama dan kedua Club Mickey Mouse Malaysia ini,” kata Erissa.

Rancangan Mickey Mouse Club dimulakan Walt Disney pada 1955 dan berasal dari Amerika Syarikat. Ia melahirkan beberapa nama besar seperti Justin Timberlake dan Ryan Gosling, selain Britney dan Christina.

Program ini diperkenal­kan buat julung kali di Asia Tenggara pada September 2017. Di Malaysia, rancangan ini disusun semula menjadi sebuah rancangan kontempora­ri dan unik bagi menghiburk­an kanak-kanak dan seisi keluarga.

Elemen yang dipersemba­hkan adalah muzik, komedi, permainan dan penampilan tetamu selebriti.

 ??  ??
 ??  ?? Mohd Wafiy Ilhan
Mohd Wafiy Ilhan
 ??  ?? Ahmad Faiz Najib
Ahmad Faiz Najib
 ??  ?? Dheena Menon Jayadeep
Dheena Menon Jayadeep
 ??  ?? Gabriel Noel Pountney
Gabriel Noel Pountney
 ??  ?? Erissa Puteri Hisham
Erissa Puteri Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia