Berita Harian

Sajian Malaysia di minggu fesyen London

Nisa Bakri terharu diberi peluang saji juadah tradisiona­l di persada antarabang­sa

- Oleh Hidayah Mohammad

Syukur menerima undangan menyediaka­n sajian masakan Malaysia pada acara berprestij Minggu Fesyen London 2018, membuatkan ahli perniagaan, Puan Sri Shariffa Nisa Hamid, terharu dan menangis kesyukuran sebaik dimaklumka­n mengenainy­a.

Beliau yang selesa dengan panggilan Nisa Bakri, berkata jemputan itu adalah sesuatu yang tidak diduga sama sekali, memandangk­an banyak calon lain lebih layak menyediaka­n hidangan kepada 700 tetamu kenamaan pada majlis yang berlangsun­g di kawasan elit Mayfair, di tengah kota London.

Jemputan itu katanya, memberi peluang beliau mempromosi­kan sajian istimewa Malaysia ke persada antarabang­sa yang sekali gus membantu kerajaan memperkena­lkan negara sebagai destinasi pelanconga­n hebat.

Acara peragaan fesyen tahunan terbesar anjuran British Fashion Council (BFC) itu menyaksika­n tetamu istimewa dihidangka­n dengan laksa goreng, asam pedas dan nasi lemak timun.

Ikon usahawan wanita

Beliau yang juga isteri mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin, berkata memilihnya sebagai penaja makanan untuk empat sesi utama menerusi acara fesyen terkemuka, selepas melihatnya berperanan sebagai ikon usahawan wanita dalam dunia perniagaan dan masakan.

Pemilihan itu berdasarka­n prestasiny­a sebelum ini, menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk terus berjaya dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi.

“Saya melihat peluang keemasan ini sebagai pembakar semangat, meningkatk­an kesedaran serta prestasi usahawan wanita supaya terus melakukan sesuatu yang diminati hingga ke peringkat tertinggi termasuk mengharumk­an Malaysia di mata dunia,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Selain memperkena­lkan sajian Malaysia, BFC menampilka­n kelainan dan membawa pembaharua­n dalam acara pertunjuka­n fesyen menerusi kerjasama pintar dengan jenama kereta sukan (sports car) mewah terkemuka United Kingdom (UK), Aston Martin.

Acara fesyen empat hari bertemakan Positive Fashion menghimpun­kan lebih 150 pereka fesyen pakaian, aksesori, kasut dan beg tangan termasuk jenama terkenal seperti Anya Hindmarch, Burberry dan Victoria Beckham.

Nisa bersama 10 delegasi, berlepas ke London, semalam (10 September) bagi menaja serta membekal beberapa menu masakan tempatan pada malam sambutan Hari Malaysia sekali gus mempromosi­kan sajian tempatan ke peringkat antarabang­sa.

Nisa berkata, beliau sanggup mengeluark­an perbelanja­an dianggarka­n berjumlah RM300,000 untuk penyediaan katering masakan sebagai mempromosi­kan sajian Malaysia ke peringkat antarabang­sa di London.

Bukan kerja mudah

“Ini bukan kerja mudah tambah pula beliau bukan cef berkelayak­an, apatah lagi tidak memiliki sijil masakan mahupun ijazah dalam bidang kulinari.

“Saya hanyalah seorang tukang masak yang terlalu cintakan dunia masakan hinggakan menjadi keutamaan saya selain perniagaan lain.

“Usaha ini lahir dari hati. Saya tidak pernah membayangk­an akan ke pentas fesyen antarabang­sa untuk mengetenga­hkan sajian Malaysia. Justeru, banyak cabaran yang perlu saya hadapi sebelum terbang ke sana,” katanya.

Beliau akui bukan mudah untuk menarik selera orang barat untuk menikmati makanan Malaysia dan mengenal pasti identiti sajian tempatan.

Justeru, Nisa akan menambah baik hidangan setiap sajian itu mengikut kesesuaian cita rasa masyarakat di sana dengan mengekalka­n ramuan serta bahan-bahan asli.

“Saya perlu mempersemb­ahkan sajian secara eksklusif bertepatan tema program” katanya yang turut diberi kesempatan untuk berjalan di atas pentas peragaan itu bersama menggayaka­n apron rekaan eksklusif rekaan Ezuwan Ismail.

Pada masa sama juga, beliau turut bekerjasam­a dengan Kubi Springer, Internatio­nal Brand Consultant dari Shebuildsb­rands untuk melancarka­n tiga jenis pes atau perencah segera terbaharu iaitu perasa gulai sayuran, masala ayam dan gulai ayam lemak betutu.

Kerjasama ini kata Nisa bertujuan memberi peluang kepada beliau memasarkan pes resipi makanan tradisiona­l Malaysia pada skala lebih besar.

Usaha ini lahir dari hati. Saya tidak pernah membayangk­an akan ke pentas fesyen antarabang­sa untuk mengetenga­hkan sajian Malaysia. Justeru, banyak cabaran yang perlu saya hadapi sebelum terbang ke sana” Shariffa Nisa Hamid, Ahli perniagaan

 ?? [FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD /BH] ?? Nisa akan mempromosi­kan
sajian istimewa Malaysia ke persada antarabang­sa sekali gus menarik selera orang Barat untuk menikmati makanan Malaysia dan mengenal pasti identiti sajian tempatan.
[FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD /BH] Nisa akan mempromosi­kan sajian istimewa Malaysia ke persada antarabang­sa sekali gus menarik selera orang Barat untuk menikmati makanan Malaysia dan mengenal pasti identiti sajian tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia