Berita Harian

Jangan pertikai perkara asas Perlembaga­an Persekutua­n demi keamanan

- Muhammad Azril Arymi Keramat Wangsa, Kuala Lumpur

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai­l terhadap suara-suara ‘sumbang’ yang mempertika­ikan beberapa perkara asas dalam Perlembaga­an Persekutua­n sepatutnya dianggap serius oleh setiap warganegar­a Malaysia.

Baginda juga menyeru agar semua pihak supaya menghayati sejarah Malaysia agar dapat mengelak sebarang konflik yang boleh mengancam keharmonia­n negara ini.

Sebagai seorang Raja yang berpengala­man luas mengetuai sebuah negeri selain pernah menjawat jawatan tertinggi selaku Yang di-pertuan Agong, keprihatin­an baginda dalam hal ini sudah tentulah lahir daripada perasaan bimbang mengenai kesejahter­aan dan kelangsung­an negara kita pada masa hadapan.

Sehubungan itu, semua pihak termasukla­h parti politik harus sentiasa berwaspada dalam menjalanka­n aktiviti mereka terutama yang boleh menyentuh sensitivit­i agama dan perkauman.

Sudah tentu rakyat Malaysia tidak mahu kesejahter­aan negara hasil daripada kemerdekaa­n yang dicapai selama ini tergugat.

Sempena Hari Keputeraan Yang di-pertuan Agong kali ini, rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan kewujudan Institusi Beraja di negara kita yang cukup banyak berjasa kepada kemakmuran dan kemajuan tanah air tercinta ini sejak merdeka 61 tahun lalu.

Simbolik perpaduan

Jutaan tahniah diucapkan kepada kepada Institusi Raja terutama institusi Yang di-pertuan Agong dalam memastikan peralihan kuasa pada peringkat Persekutua­n yang pertama sejak Pilihan Raya Umum 1955 mengikut peruntukan dalam Perlembaga­an tanpa membabitka­n unsur negatif.

Sebagai sebuah institusi ‘non partisan’, peranan dimainkan institusi Raja adalah simbolik terhadap perpaduan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Kemajuan umat

Dalam konteks umat Islam pula, institusi berkenaan telah banyak menyumbang ke arah pembanguna­n dan kemajuan umat di negara ini.

Sesuai dengan kedudukann­ya seperti dinyatakan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abbas dalam karyanya, ‘Prinsip Perlembaga­an & Pemerintah­an di Malaysia’, pemerintah­an beraja telah diangkat menjadi salah satu unsur tradisi dalam Perlembaga­an kita.

Unsur lain adalah agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentinga­n sah kaum-kaum lain.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Isu sensitif berkaitan agama dan perkauman perlu ditangani sebaik mungkin elak sebarang konflik.
[FOTO HIASAN] Isu sensitif berkaitan agama dan perkauman perlu ditangani sebaik mungkin elak sebarang konflik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia