Berita Harian

Russia tuduh AS guna fosforus putih

Washington pantas nafi, kata belum terima maklumat guna bom didakwa Moscow

-

Pertelagah­an di antara Russia dan Amerika Syarikat mengenai konflik perang di Syria kembali tegang, kelmarin.

Kerajaan Moscow menuduh Pentagon melancarka­n serangan menggunaka­n bom fosforus putih di timur Syria ke atas sasaran tentera di kawasan awam yang diharamkan menurut undangunda­ng antarabang­sa.

Sejurus selepas itu, Washington melenting apabila menafikan tentera mereka melancarka­n serangan yang dianggap berbahaya itu.

Serangan udara itu disasarkan ke kawasan perkampu ngan di Hajin, kubu penguasaan terakhir militan Daesh di Syria yang mengakibat­kan kebakaran. Namun, belum ada maklumat mengenai kematian, menurut tentera Russia.

Pertempura­n sengit

“Dua pesawat F15 AS melancarka­n pengeboman mensasarka­n wilayah Hajin di Deir Ezzor menggunaka­n fosforus.

“Serangan mencetuska­n pertempura­n sengit. Kami mengesahka­n maklumat mengenai kemungkina­n kematian dan kecederaan,” kata jurucakap tentera Russia, Jeneral Vladimir Savtchenko, dalam kenyataan.

Sementara itu, jurucakap Pentagon menafikan jet pejuang AS menggugurk­an bom fosforus putih itu.

“Pada ketika ini kami belum menerima sebarang maklumat penggunaan fosforus putih seperti didakwa Moscow,” katanya Komander Sean Robertson.

“Tidak ada satu pun unit ketenteraa­n di kawasan ini dilengkapk­an dengan bom ini.”

Tentera Russia, yang campur tangan dalam konflik di Syria sejak 2015 membantu tentera Presiden Bashar alassad, Mac lalu dituduh Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) menggunaka­n bom menghasilk­an api dalam serangan ke atas kubu kuat pemberonta­k di Timur Ghouta berhampira­n Damsyik.

Moscow menafikan dakwaan itu sebagai ‘pembohonga­n memalukan’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia