Berita Harian

AS ugut ICC, tutup pejabat PLO

Tindakan Trump dianggap mahu hukum lagi rakyat Palestin

-

Ketegangan di antara Amerika Syarikat dan Palestin makin bertambah, semalam selepas Washington membuat keputusan menutup pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), di sini sebagai satu serangan terbaharu Presiden Donald Trump.

Tidak dinafikan kuasa besar itu mula bimbang susulan cubaan Palestin mendesak Mahka- mah Jenayah Antarabang­sa (ICC) menyiasat rejim Israel.

“Kami diberitahu oleh pegawai AS mengenai keputusan mereka untuk menutup pejabat kami di sini,” kata Setiausaha Agung PLO, Saeb Erekat dalam satu kenyataan, semalam.

“Tidak dapat dinafikan langkah ini satu lagi dasar AS pimpinan Trump mahu menghukum rakyat Palestin, termasuk memotong dana bagi perkhidmat­an kemanusiaa­n, kesihatan dan pendidikan.”

Ancam kena sekatan

Pemimpin Palestin sudah memutuskan perhubunga­n dengan Trump selepas presiden AS itu mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel, Disember tahun lalu.

Tindakan mahu menutup pejabat berkenaan itu diumumkan Penasihat Keselamata­n Negara AS, John Bolton itu dan ia dilihat memperluas­kan kempen tekanan Washington di tengah kedudukan usaha damai Asia Barat yang terhenti.

“AS akan sentiasa berdiri bersama-sama rakan dan sekutu kami, Israel.

“Pentadbira­n Presiden Donald Trump tidak akan membiarkan pejabat itu dibuka apabila Palestin enggan memulakan rundingan langsung dan bermakna dengan Israel,” kata Bolton dalam rangka yang diperoleh The Wall Street Journal.

Bolton juga mengancam mengenakan sekatan terhadap ICC jika ia meneruskan tindakan menyiasat AS dan Israel.

“Jika mereka menyiasat kami, Israel atau sekutu lain, kami tidak akan berdiam diri,” menurut rangka ucapan yang akan diumumkan Bolton itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia