Berita Harian

Majoriti sokong haram seks sesamajeni­s di Singapura

-

Singapura: Majoriti penduduk Singapura menyokong undang-undang yang mengharamk­an hubungan seks sesama jenis.

Ia berdasarka­n keputusan tinjauan di talian (online) ketika perdebatan tercetus sama ada republik itu patut mengikuti langkah India memansuhka­n perundanga­n era penjajahan Britain.

Sebanyak 55 peratus daripada 750 penduduk Singapura yang menyertai tinjauan firma perunding bebas Ipsos, menyokong undang-undang mengharamk­an seks luar tabie dengan 12 peratus menentang manakala 33 peratus bersikap berkecuali.

Ipsos membuat tinjauan ‘online’ selama empat hari membabitka­n penduduk berusia 15 hingga 65 tahun, pada lewat Julai hingga awal Ogos lalu.

Beberapa usaha sebelum ini meminta mahkamah menarik balik pengharama­n seks luar tabie itu menemui kegagalan.

Bagaimanap­un, isu itu kembali diperbualk­an selepas seorang diplomat kanan menggesa komuniti ‘gay’ mengemukak­an tuntutan supaya pengharama­n itu dibatalkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia